Sunday, April 14, 2013

shopping murah vs mahal

Assalamualaikum!

hai kaki shopping seperti saya diluar sana!
perempuan dan shopping ala-ala macam isi dan kuku, adik dan beradik, aur dan tebing atau macam ' Kami buddies! kami tak kan terpisah!! "
kadang kadang masa shopping sensorang pun illos boleh dapat kawan tau.. sebab nak tanya soalan2 yang onthespot centu:

"eh, cantik la baju awak pegang ni, awak amik kat mana ea? berapa ye? " = ni soalan yang illos tanya kalaukalau nampak baju die tu cantik n die beli banyak2.hihi

"saya tak tau laaa nak amik yang mana, awak rasa yang ni cantik tak??  kee..yang ni??" ni tanya kat promoter tu. tak pun kat akak yang jaga fitting room tu. pun boleh. cool tak?

yela, certain orang senang buat pilihan, aku ni susah sangat, kalau hati aku cakap, emmm..rating dalam hati tak sampai 100% cantik, jadi aku tak beli. bukan aku nak cakap semua barang yang aku beli cantik2, ikut taste memasing la. aku memang tak beli kalau hati aku cakap, 'cantik..tapi.....'   haa..macam ade tapi2 tu, aku cancel beli. sebab nanti aku tak pakai. so bazir!

pasal jenama pulak. hokaii.. illos bukan anak orang kaya  atau sendiri yang kaya dengan titik peluh illos kee..tak tak tak. sekarang pun aku belum grad lagi  tau. elaun intern pun cenonet je. so aku flexible kan diri toksah nak demanding sangat. aku dari dulu lagi suka baca CLEO, or magazine yang perempuan ngada2 baca tu. aku pun mengada tau, dari magazine tu aku selalu jadi gila jenama. lagi gila shopping. skang pulak gila mag Hijabista. fesyen tudung2 dia, tak tekejar illos. gila kau nak lilit 40 kali. pukul berapa nak sampai office??

kay2 balik pada pasal jenama tadi. dulu aku cerewet untuk certain barang ni contoh macam jeans, kasut, beg. tapi baju tak kisah. tapi lama2 makin jadi lagi tak kisah, beg mana aku jumpa asal aku rasa cantik, aku beli. tak kisah la beli kat booth kecik ke, expo ke. janji nampak cantik, tapi MURAH!! hahahah!!  kasut pulak, skang apa2 je yang mana selesa, sebab aku sukakan flat shoes. tak kisah la plain atau bercorak, jenama? tolak tepi. cuma jeans je, susah sikit untuk tak memilih. kalau yang biasa2 tu susah tau. karang senteng la, ketat gila la padahal tu dah jangkau size 38. gile ke, aku bukan besar sangat koootttt.. zzzzzzz

disebabkan aku suka window shopping time tak de duit, jadi aku berpengetahuan pasal design baju, corak dan jenis yang sama ada kat duadua butik mahal dan kedai2 murah. rasa membazir dan tak patut kalau aku beli kat butik mahal2 untuk benda yang aku boleh dapat murah masa sale or beli kat kedai murah2. hahahaha..berbelit tak ayat ni? like serously, aku pernah nampak kawan aku pakai blouse hush puppies sebijik jenis kain, corak, kaler sama  macam baju kurung aku. hikhiikhik. mahal kot dia beli.

so. itu sebab kenapa aku gila Sale. lagi aku heaven sangat kalau shopping time sale. mungkin dah outdated kadang2 tapi aku dapat beli banyak barang dengan kos yang sikit. aku puas lagi kalau macam tu! kalau nak yang murah dan ikut fesyen sangat, pegi je pasar karat kat stadium shah alam tu.. belambak je. murah pun murah. tinggal nak tahan panas dan sesak sesak orang ramai jerrrr.

so pada aku, kalau nak beli barang, kena pandai pilih, jangan beli mahal2 tapi nampak macam pasar malam. pegi survey pasar malam jugak. orang orang kaya tak pergi pasar malam sebab tu dia tak tau betapa advance nye pasar malam. GUCCI2 GUESS tu makanan dorang jugak..kikikiki


satu benda yang aku tak kisah : MAKAN!!!! hihihih.. ni first time makan kat Bubba Gump. lagipun ni orang belanje, untuk hari yang saaaaannnggattt special..wiwiwiwiiw.. semoga berkekalan hingga ke akhirnya  >_<







till then ,  :)

Friday, April 12, 2013

hungry grong grong!!

Asssalamualaikum,

kruukkk.kruukkk!!! ni bunyi perut.
pelik kan..breakfast tak pernah terlepas. sampai office je isi perut laju laju. buat air 2, 3 kali jugak. herherher..
tapi jap je, pukul 1030 camtu perut dah buat announcement. mula la  merayap pegi cari kudap kudap..dalam laci shida ngan zati banyak kunyah kunyah. sedap2 dan bercream plak tuuu. macam kitkat ke, snek, gulegule, kerepek.

mula mula aku heran la jugak, apesal nafsu makan aku kemain naik mendadak. kadang sehari 3 kali makan nasik. risaula gemuk. kaji punye kaji kan, aku realize yang pengamalan aku mengambil vitamin menjadikan aku bernafsu...warrrghhhhhhh!!!! nafsu makan laaa.. zzzzzzzzz

mulamula aku ingatkan faktor aircond. bekerja dalam aircond mungkin buat kita rasa cepat lapar. itu mitos pertama aku. tapi bile pikir pikir balik kan, masa kat U dulu pun class aircond jugak.siap gigil2 sejuk. boleh feel2 oversea lagi. tapi pola pemakan aku rileks je.

so aku buat mitos kedua, yang aku stress dan kepenatan. bukan sebab kerja, tapi sebab aktiviti harian yang padat. namun, mitos kedua ini juga seperti tidak boleh diterima akal. sebab masa belajar dulu, lagi la banyak keringat nak digunakan. tambah2 masa sem FYP. kan kan?? so mitos ini ditolak serta merta.

lalu aku teruskan pencarian untuk jawapan kepada soalan pola pemakanan ni. then today, tasha bagitau aku die cakap, " yela, kau kan makan vitamin, memang la. cepat rasa lapar." dan Davey pun setuju. shida pun angguk. maka sekarang aku ada 3 orang saksi. jadi ini bukan mitos lagi. ini adalah hipotisis. gahahahaha..itu keee rupenyeeee... nanti aku nak tanya encik/ puan farmasi pulak.

masa belajar dulu takat makan kismis je, pastu vitamin untuk kurang / tak senggugut camtu je. tu pun tak konsisten.  ade doktor cakap kalau jenis cepat lapar kene amal makan buah. dikira nak elakkan kita berulang amik benda2 yang berat dan makan benda benda yang boleh datangkan kegemukan dengan cepat.

badan nak jaga, tak nak kasi gemuk tapi nak jogging sebulan sekali pun liat. makan nak yang sedap2 je nak gembirakan perut. selalu camni, boleh bankrupt. zzzzzz.. nehi neehiii.. dulu sebelum intern nekad nak masak everyday. nak bawak bekal nasik goreng untuk makan tgahari. bila dah intern??harooommm... order makan tengahari kan Bagan tu pukul 10. awal gila. punyala bersedia nak makan. hahahaa..nurin nurin.


Monday, March 25, 2013

CANTIK

assalamualaikum
sekarang masih pagi..dan pagi dikait rapat dengan FRESHHHHH!! keluar rumah tadi, rasa nyamannnn je. macam nak termenung pulak lamalama kat depan rumah.. overrr kan. hemmm..over V_V

macam biasa pagipagi dengar Hot FM dari start nak panaskan enjin sampai la drive dan tiba kat parking office..cerita hot fm AM krew pagi ni kelakar. pasal lelaki memilih nak perempuan kurus /cantik hanya sebelum kawin jeerrrr. tapi bile dah kawin  die tak kisah dah keadaan wife die. gemuk ke, ape ke. dah tak isu utama, sebab aim die just nak mase sanding, masa perkenalkan wife die kat orang, wife die dlm keadaan, 'cantik'. tapi Farah Fauzana membantah sebab die cakap, perempuan kena cantik sentiasa sebab nanti lelaki cari lain.

emm.. kalau tanya pendapat aku, aku memang sokong Fafau, pasal perempuan pun memang sukakan kecantikan kan. nak nampak cantik, dan dipandang. okay, tapi disebabkan cantik itu subjektif, jadi ada orang nampak cantik di mata semua orang dan ada orang yang nampak cantik di mata sesetengah orang sahaja.

tapi sering kali orang kat luar sana membanding bandingkan kecantikan masing masing dan sering bertanyakan bagaimana untuk menjadi lebih dan lebih cantik. kadang kita terfikir tak ada orang terguris dengan perbandingan terhadap isu yang subjektif tu? contoh, orang tu hitam berjerawat dll, macam mana lagi die nak ubah kecantikan luaran die?? bukan sume orang mampu nak buat pembedahan macam kpop sume tu..jadi kita boleh fikir ape perasaan die kalau perbandingan kecantikan luaran ni menjadi isu yang hangat. mesti golongan itu down. dan terus menerus merendah diri.

tapi kalau kita tengok dari segi perspektif yang sedikit berlainan, dimana kecantikan bukan penentu kebahagiaan. sebab Allah kurniakan hamba2nya dengan kelebihan masing2. kalau awak cantik, tapi awak tak ada ilmu? cantik tu macam tak berbaloi. tapi kalau awak memang cantik, dan berilmu pula, awak memang bertuah sebab awak miliki keduanya.

kalau tengok dari segi lain, orang yang cantik sering mendapat pujian, diminati, diagungkan. sampai kecantikan tu boleh menutup segala cacat celanya. tapi dengan pujian dunia yang berlebihan , kadang menjadi kan seorang tu riak dan boleh menjauhi tuhannya. kadang tak cukup bagi dia apa yang ada sekarang, mungkin dia masih nak nampak lebih cantik. macam aku cakap tadi, perempuan vs perbandingan kecantikan sesama mereka.

bukan kat sini aku nak cakap, marilah kita menghodohkan paras rupa supaya kita tidak jauh dari tuhan kita. mari berfikir secara positif. orang yang tak cantik,tidak jadi mangsa gangguan lelaki2 yang rosak akhlak, orang yang tak cantik, dapat pelihara diri dari pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya, orang yang tidak cantik, selamat daripada menjadi senjata iblis yang mencairkan iman lelaki, orang yang tak cantik tak difitnah dan dicemburui oleh perempuan lain.

aku tahu, mungkin setengah orang berpandangan aku ni tak cantik, atau mungkin cantik yang biasa2. aku akui memang aku pun nak jadi cantik macam orang2 yang cantik kat luar sana. tapi, persoalannya, mampuuuukeerrr?? tengok pipi pun tau, pipi retis salunye ade rahang cantik, aku??bulattt ... zzzzz

masa sekarang, aku sangat2 nak berusaha supaya aku cantik pada pandanganNya. banyyyyaaaakk sangat ilmu akhirat yang perlu dicari, dipelajari, dan insyaAllah dapat aku amalkan satu persatu. nak amalkan yang basic pun tunggang langang lagi. macam tutup aurat, belum sempurna :( belum masuk bab perangai lagi..heemmm..sedih la. bila la aku boleh berubah. yang penting, cantik didunia tidak membawa sebarang kebahagiaan di akhirat nanti. renungan untuk diri sendiri.

hari ni mcam matang kan cara aku taip blog ni. ni bukan lah blog islamic, tapi aku cuma share beberapa pandangan. alrite.! done :)

Friday, March 22, 2013

internship nurin amni



assalamualaikum
mulamula sekali nak cakap, maluuuunyeee kat budak opis ni.sebab dia nampak masa aku tengah taip blog ni, dan die kate, "org dah bace dah" ..hakhakhak..! aku pulak sempat nak sorok2..zzzzzzz...
malu kan..sebab die 1 opis dengan aku.. :p

ala..kurang malu kalau ni macam blog fatin liyana ke, hanis zalika ke, irine ke, mariaelena ke or whoever yang femes meletops tu uolls...i ni golongan bawahan je. yang taip blog hanya dikala senggang melenggang lenggang. rendah diri betul rasanya..sobss..

harini hari ke almost 3 weeks intern. best kat sini. aku sangat zero tentang peralatan office tau. dari puncher, printer, sticker.. bla bla bla.. sume aku kantoi. walaupun sume alat tu aku pun ada, yang masa study punya. tapi yang ofis pun ye lain tau. sume besar2 punye, macam kat kedai photostet. nasib ade kak Nona and kak Ada. dorang baik :)

Aku bersyukur sebab aku diberi peluang untuk intern kat sini, staff semua friendly, dorang tak layan aku mcam budak intern, dorang invloved kan aku dalam semua benda yang permanent staff buat.. kdang2 buat makan2, badminton, panjat gunung semua. cume aku je yang tak join, aku cuma join makanmakan jer..hahahahhahahkk..nampak tak?nampak tak?? kuat makan kannnn.zzzzzz

dorang buat aku macam kawan, so aku selesa nak suarakan pendapat aku. kan best kerja dalam suasana yang tak ada iri hati, tak ada diskriminasi.. yes,, sekali lagi aku nak cakap, aku sangat bersyukurrrr!!! aku berharap semua ni kekal sampai hari terakhir aku kat sini.

dari staff biasa, ke HOD, ke COO, dan CEO, semua okay. senior2 uitm pun best. aku mesti jaga prestasi aku kat sini.. it a MUST. aku harap setiap ilmu yang aku belajar setiap hari,sangat berguna di masa hadapan. aminnnnnnnn...



Monday, March 11, 2013

cerita sweet : nyesallll gilerrr kawen lambatttt!!!





Ini cerita aku.. Aku (bukan nama sebenar) baru je kawin, ngan pilihan mak aku. Aku tak penah kenal pon dia (bukan nama sebenar gak). Tapi mak punye pasal kan, aku terpaksa follow je la. Arghh, nyesal giler kawin..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak tido kol brape, nak bangun kol brape. Pastu kadang2 sampai tengah hari tido, sampai terlepas kuliah.. haha. Tade orang marah pon. Lecturer pon tak marah.

Tapi skarang, nak tido lewat sikit je ade orang sound. “Jom la bang tido…”. Pastu kalau tak bangun Subuh memang kena cubit peha la aku ni.



Kesian kena buli..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak makan kol brape, nak makan ape. Boleh makan best2, sebab beli kat kedai.. Tapi skarang, huhu..

Macam budak kecik je, kena ikut jadual makan! Dah la kadang2 dia masak masin la, pahit la.. Pastu kadang2 dia bagi aku makan sayor je bebanyak.

Tak makan kang kecik hati lak, pastu tulis kat status facebook dia.

Arghh,nyesal giler kawin..



Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak shopping bile, kat mane, nak beli ape.. Kira berbelanja tanpa waswas la. Tu yang shopping kejap je melayang 2 3 ratos skelip mata. Hohoho.. Tapi skarang, nak pegi shopping je, dia dah siap2 ngan list barang nak beli. Tade dalam list, tak leh amik!! Dah la berejam-jam pusing.. Leceh tol la orang pompuan nih. Muka dia takyah citer la, memang ceria je kalau masok shopping mall. Aku je yang muka tensen. Arghh, nyesal giler kawin…

Kalau dulu masa belom kawin, rambut aku ni macam2 pesen la bleh buat.. Ala Korea bleh, ala Carles Puyol (Kapten Barcelona) pon bleh buat, tade orang sound. Tapi skarang, panjang sket je kene sound.. panjang sket je kene sound.. Dia kata x hensem la, x kemas la.. Tak potong kang dia tanak ironkan baju aku lak. Haisshh.



Ade satu hari tu, masa makan kat JUSCO, ade la sorang awek comel melintas depan kitorang. Aku pon terpandang awek tu tanpa niat (ikutkan tak berdosa la kan?..) ADEH!! Terus kena cubit peha aku dari bawah meja. Cemburu buta lak bini aku (mentang-mentang la aku hensem..). Ape lagi, menjerit la aku kat situ.

Maunye tak kuat, satu foodcourt tengok kitorang, termasuk awek tadi..

Arghh first time kot rasa malu giler camtu. Rasanye muka aku lagi merah dari sos cili atas meja. Sakit wooo bini aku cubit. Huhu.. Kesian la kat bakal anak-anak kami nanti. Haha..



Tapi yang bestnya, skarang aku dah xyah basuh baju, iron baju sendiri..

Sume dah ready made. Hehe. Bab-bab iron baju ni memang aku x berapa sket.

Kalau dulu masa belom kawin, skali iron baju, sebulan aku pakai. Haha.

Malas basuh sebab tanak iron lagi! (Oppss kantoi..). Pastu baju2 bergelimpangan atas katil. Aku memang suka tido atas kain baju ni (padahal malas kemas). Skarang… hehehe.



Lagi yang best, time aku demam ke, x sihat ke, rasa diri ni cam dihargai je.. Yela, kira ade orang take care la. Totalcare!! Hehehe.. Kalau masa belom kawin dulu pepandai la bawak diri kalau demam. Huhu, sadis3..

Pastu kan, skarang kehidupan aku kira tersusun la.. Maklum la dah ade ‘PA’.. Kalau banding ngan dulu, hmm.. x produktif sangat la kehidupan aku.





Sekali-sekali dia kejut aku bangun solat malam, kadang-kadang dia tegur kalau aku lama tak baca Quran.. Hmm sejuk hatiku. Maklum le kita ni bukan malaikat, iman turun naik. Jadi kena ade yang tolong ingatkan. Ini la

pentingnya cari isteri yang solehah!



“Buat isteriku yang comel dan tercinta

Terima kasih kerana marah kalau abang tido lambat

Boleh la abang bangun awal-awal pagi

Then kita solat Subuh sama-sama..



Tapi kalu abang tak bangun gak,

ayang cubit je pehe abang

abang xkan murka..



Lagi abang sayang ade la..



Buat isteriku yang comel dan tercinta

Terima kasih kerana jaga makan minum abang

Tengok skarang abang da nak gemok da

Takde la kurus je macam mula2 kawin dulu..



Ke memang nak abang jadi gemuk ni?



Ayang takut orang lain berkenan kat abang ek?

Jangan bimbang atau ragu okeh,

Cintaku hanya eksklusif untukmu sayang..



Buat isteriku yang comel dan tercinta

Terima kasih kerana tolong iron baju abang

Sebab abang memang allergic sket bab iron2 baju

Jangan risau la nanti abang potong rambut..





Skarang abang dah tak selekeh macam dulu

Rambut da kemas, baju da kemas, senyum memanjang

Hidup terurus, amal pon terjaga, badan pon berisi juge”

Argghh, nyesal giler kawin LAMBAT!!!


comelkan!!! :')

Thursday, March 7, 2013

home tutor

assalamualaikum ullos..

semenjak dah habis sesi pembelajaran di UiTM untuk degree ni, aku tetap tak duduk senang bak kate orang seperti mengsadaikan diri di katil sendiri, bangun tengahari dan tidur balik after lunch. 
aku sempat buat rutin tu dalam 2, 3 hari je, itu pun mase kat rumah mama.. nampak kan bosan je life aku, busy mheeemhannnjang. kadang aku pun tak tau ape yang aku kejarkan sangat. ade mase lebih je, tengok prison break..heeellloooo??!! cite tu dah basi okay! wehh wehh.. sangat rendah diri la kalau aku cakap aku baru 1st time tengok dari awal. dulu aku tgk season 3 je..dulu kale. jangan drop lebih2. nyehnyehnyeh..

korang tau tak, aku punye cite cite asal ape? aku nak jadi tukang jahit. cool kan? ke macam makcik makcik? mihmihmih.. makciks pun cool jugak. tak kire. tapi kalau nak dikate citecite ni difikirkan dari kecil memang tipu, pasal dulu general je aku jawab citecite mase cekgu normah tanye, tak polis, dokter, arkitek..hahah..arkitek sangat...fuiiiyoo..kecikkecik dah tau arkitek tu ape.. aku rase arkitek tu best pasal lain dari yang lain, nak sebut pun sleng omputih. so aku fikir citecite aku sangat hebat berbanding kawan2 tahap1 aku yang lain..hekhekhek.

bak kate orang, sebelum kite capai impian kite yang sebenar, banyak benda yang kite kene sacrifices dulu kan. sebab bak kata pepatah ' aku kerja keras sebab aku sedar aku bukan anak orang kaya' haaaa..pepatah ni memang direct gila, meaning pun agak berdesup ke ulu hati. then camtula life aku skang. okay mungkin tak sesusah mana apa yang aku korbankan demi masa depan yang cerah ni berbanding deme deme kat luar sana tu, tapi adalah jugak orang2 yang concern dengan aku akan tanya,
 " larat ke nak buat sume ni??" " tak ada masa rehat nanti..blaa.blaa.."  haaaa.. dengar ayat camtu rase terharu ken?? <--- ken = kan versi mengada.

wehh..memang aku tak tipu, aku agak tekejar ke sane kemari. siang pegi kursus untuk Cert project management aku tu, demi dapat title PMP..hikhikhik. malam pulak aku buat home tutor services.. ayat jangan nak 'service' sangat pun tak pe kan. bunyi macam pomen pulak nanti, pastu orang salah paham. hemm.. pengalaman ni beguna sangat. aku belajar macam2 pe'el budak2 sekolah zaman skang. pastu dalam masa sama, aku try improve communication skills and confident level aku. jangan tak tau, aku memang ramah, tapi dengan kawan2 rapat je, mulut memang susah nak jumpa ayat fullstop. kepotpet je. tapi bile nak ngajar orang tak kenal, nak pulak orang tu respect kite macm cikgu, so macam aku gabra semacam. susun ayat sepenuh hati pun bleh tersyasyul jugak.

sebagai cikgu sains kepada budak darjah 3, form 2, form 3 and form 5 (bunyi cam tamak tak? ) aku memang gigih study balik silibus dorang tu. dulu aku pon bukan scorer pun. kategori budak2 nakal jugak. tapi bile dah besar ni, otomatik mcam boleh je paham ape yang dorang belajar. tak lari jauh pun silibusnye. nasib la mase kat metrik aku amik pure science, so yang form 5 tu ada lagi aa dalam kepala ni sikit2.

petua untuk kita tak penat dengan apa yang kita buat adalah , pertama tamanya ialah mesti ikhlas kerana Allah, then kite enjoy dengan apa yang kita buat tu..jangan nak serabut kan sangat kepala nak kejar duit duit duit, walaupun itu memangggg sangat diperlukan dalam menjalani kehidupan didunia yang fana ini..aherherrrr

agak2 cerita entry aku yang ni basi dah tak??haaa.memang pun. ni aku tinggal sambung taip je. padahal entry ini asalnye almost sebulan yang lepas..taip separuh separuh. teruk betul...so tanggal 7 mac ni aku publish pun finally. mase ni aku dah pun kat meja opis tengah jalani praktikal.. ni time dah habis task untuk harini.
happy bila kite praktik kan apa yang kita belajar dan apa yang kita minat. meh aku celahkan sikit ceritera praktikal aku kat sini.

mase interview sebelum dapat praktikal sini, aku awal2 lagi dah propose yang aku nak buat documentation sebagai mengelakkan daripada mereka encik2 and head of department menganggap budak IT je kene buat programming. seperti yang dipinta pinta, aku pun dapat offer untuk berada di department documentation.
mase 1st day aku sampai kat sini, En. Davey 'person in-charge' aku kat sini tanye aku sebenarnye minat ape sebenarnye, banyak pulak sebenarnye2 aku kan. then aku cakap la aku sebenarnye2 lagi minat lebih kat project management. Alhamdulilah aku dapat!!!! En.Davey kasi aku kat PM punye field pasal aku pun ada cakap aku ada certified PM masa kat UiTM.

tadi 1st meeting aku kat sini, and meeting tadi pasal PM la, rasa teruja macam ape je aku ni pun. bukan nape, happy tau dak tau dak. eh, benda simple ceni pun aku nak girang sangat dah kenapa kan?? sebab aku rasa aku dapat peluang yang idamkan masa belajar dulu. walaupun as intern, aku nak cekau pengalaman sebanyak yang mungkin untuk bidang ni. berharga tau dak. sobss sobss..

senang cakap mmg aku mengalukan diri aku untuk kerja kat sini kiranya aku pun dialukan ke sini.aminnnnnnn.. okay, dah bleh balik..moh kite!


Friday, January 4, 2013

kisah tidak terurus

Assalamualaikum..

balik hometown ( ceceyy sangat guna term hometown kenkonon)  kali ni adalah sangat bermakna pasal setelah sekian lama memerah keringat demi segulung ijazah.

sikit demi sedikit aku macam frustrated dengan apa yang terjadi. okay, memula aku kupas sikit background study aku untuk sem ni sebab nak kasik perjalanan cerita sedikit lancar.

sem ni adalah sem akhir aku belajar then next sem aku dah start internship. sem akhir biasa lah kan subject pun dah tinggal sebijik dua... tapi aku ada la dalam tiga subject. salah satunya memang tak memberi tekanan, tapi yang lagi dua ni..serious buat gue sakit otak..

Alhamdulilah, untuk setakat mana yang aku dah buat ni, aku   berjaya handle dengan baik dengan support dari orang sekeliling juga :)

the critical path yang aku hadapi mase tu adelah:

1) Laptop merajuk dan buat hal


mase ni aku cakap kau memang aku tension sesangat. berjughai air mata toksah cakap. bengkak mate ni. kat tempat kejadian masetu ada budak meja sebelah, budak master aku rasa, dorang tengah study group. dorang kira saksi laa aku nanges teresak esak, kalau ada sesapa tak pecaya cite aku ni. tapi aku biar jadi tanda tanya je kat dorang pasal aku tahu masalah aku ni belum tentu dorang dapat setelkan. yang penting dorang tak tanya pun. 

aku try fikir rasional, tapi setan seakan mengejek aku. suruh aku give up lah semua.. 
apesal aku sedih sangat macam ni?

okay meh aku cite. mase ni tinggal lagi DUA HARI aku nak Testing System untuk subject Testing aku sem ni. Testing tu hari Sabtu. mase ni Kames. dijadikan cerita aku sorang je dalam group aku yang boleh RUN system ni. so ia berada dalam Laptop aku SAHAJA. 

sehari sebelum tu aku ade bagi Carik <--nama budak group, suruh dia backup. tapi dia cuma simpan backup system tu TANPA RUN kat laptop dia.. memula rasa nak paksa die RUN jugak, tapi aku cancel hajat tu. mase jadi ceni kat laptop ni, aku text carik dengan perasaan hiba dan berharap dia berusaha sebaik mungkin untuk run jugak system tuuu... 

then he did it ! :)
aku bersyukur sangat. tapi bukan hari yang sama. dia berjaya run malam esok nya, is malam Jumaat. 
kira kitorang ni berani matilaaa.. esoknya dah Testing kennn..bendalah ni banyak carry mark dia uolls!
aku rasa, kalau tak ada iman mesti aku dah jem kepaleotak memikirkan nasib yang menimpa.

2) Final year Project - Report / Thesis

yang ni hal yang paling ngeri bagi aku. seriously, aku tak buat last minutes. tapi aku 'bekerja' seakan last minutes. kelam kelibut tak tentu hala. muka dah tak macam orang, bilik besepah, tak terurus. dan macam macam hal.... 

suppose aku siap seminggu awal seperti plan asal, sebab aku excited nak follow my family bercuti ke Cameron Highlands. tapi sebabkan aku kurang keyakinan dan takut syok sendiri, aku pergi jumpa lecturer lain untuk komen pasal thesis aku selain dari SV aku sendiri. dari hasil rujukan tersebut, aku kene tambah bermacam2 information, dan ia memenatkan diri aku sendiri. 

aku tak kisah sebab aku fikir, sem akhir, pesalah aku bagi yang terbaik untuk mase depan sendiri. aku yang dah lama tak push mata untuk stay up sampai pagi, memang meroyan bila tetiba paksa diri macam tu untuk masa seminggu ..last day kene submite thesis tu, memang lega, aku hantar pada saat 10 menet terakhir. nak tahu, kalau iolls lambat. i mean hantar lewat dari pukul 1 petang pada hari berkenaan, turun 1 gred. gila tak?! memang!!


masa tu dah boleh check sapa examiner untuk FYP exhibition nanti, aku dapat PM Mardziah. tu bukan lecturer ISE, so aku SIKIT lega. at least, aku yakin untuk yakinkan dia apa yang aku buat. :')

after balik dari hantar thesis, aku masuk bilik then seakan baru bukak mata yang bilik aku bersepah mak nenek. kau tengok...

pening gue. da la bilik kaler biru -.-



use case diagram

jarak dekat

HL7 Patient Administration Standard <-- bendalah ni la yang buat aku stuck lama nak buat FYP

kenkonon interface

atas sedikit dari kesusahan ini aku doa semoga dipermudahkan urusan masa depanku Ya Allah. Terima kasih Ya Allah kerana dengan izinmu, aku sampai ke tahap ini. :') 

so pasni aku nak balik Shah Alam untuk final exam, setel hal praktikal, then FYP Exhibition. 
lepas tu boleh mencongak masa depan untuk satu langkah kehadapan.. insyaAllah....

Thanks for reading :)