Friday, April 12, 2013

hungry grong grong!!

Asssalamualaikum,

kruukkk.kruukkk!!! ni bunyi perut.
pelik kan..breakfast tak pernah terlepas. sampai office je isi perut laju laju. buat air 2, 3 kali jugak. herherher..
tapi jap je, pukul 1030 camtu perut dah buat announcement. mula la  merayap pegi cari kudap kudap..dalam laci shida ngan zati banyak kunyah kunyah. sedap2 dan bercream plak tuuu. macam kitkat ke, snek, gulegule, kerepek.

mula mula aku heran la jugak, apesal nafsu makan aku kemain naik mendadak. kadang sehari 3 kali makan nasik. risaula gemuk. kaji punye kaji kan, aku realize yang pengamalan aku mengambil vitamin menjadikan aku bernafsu...warrrghhhhhhh!!!! nafsu makan laaa.. zzzzzzzzz

mulamula aku ingatkan faktor aircond. bekerja dalam aircond mungkin buat kita rasa cepat lapar. itu mitos pertama aku. tapi bile pikir pikir balik kan, masa kat U dulu pun class aircond jugak.siap gigil2 sejuk. boleh feel2 oversea lagi. tapi pola pemakan aku rileks je.

so aku buat mitos kedua, yang aku stress dan kepenatan. bukan sebab kerja, tapi sebab aktiviti harian yang padat. namun, mitos kedua ini juga seperti tidak boleh diterima akal. sebab masa belajar dulu, lagi la banyak keringat nak digunakan. tambah2 masa sem FYP. kan kan?? so mitos ini ditolak serta merta.

lalu aku teruskan pencarian untuk jawapan kepada soalan pola pemakanan ni. then today, tasha bagitau aku die cakap, " yela, kau kan makan vitamin, memang la. cepat rasa lapar." dan Davey pun setuju. shida pun angguk. maka sekarang aku ada 3 orang saksi. jadi ini bukan mitos lagi. ini adalah hipotisis. gahahahaha..itu keee rupenyeeee... nanti aku nak tanya encik/ puan farmasi pulak.

masa belajar dulu takat makan kismis je, pastu vitamin untuk kurang / tak senggugut camtu je. tu pun tak konsisten.  ade doktor cakap kalau jenis cepat lapar kene amal makan buah. dikira nak elakkan kita berulang amik benda2 yang berat dan makan benda benda yang boleh datangkan kegemukan dengan cepat.

badan nak jaga, tak nak kasi gemuk tapi nak jogging sebulan sekali pun liat. makan nak yang sedap2 je nak gembirakan perut. selalu camni, boleh bankrupt. zzzzzz.. nehi neehiii.. dulu sebelum intern nekad nak masak everyday. nak bawak bekal nasik goreng untuk makan tgahari. bila dah intern??harooommm... order makan tengahari kan Bagan tu pukul 10. awal gila. punyala bersedia nak makan. hahahaa..nurin nurin.


No comments:

Post a Comment