assalamualaikum
sekarang masih pagi..dan pagi dikait rapat dengan FRESHHHHH!! keluar rumah tadi, rasa nyamannnn je. macam nak termenung pulak lamalama kat depan rumah.. overrr kan. hemmm..over V_V
macam biasa pagipagi dengar Hot FM dari start nak panaskan enjin sampai la drive dan tiba kat parking office..cerita hot fm AM krew pagi ni kelakar. pasal lelaki memilih nak perempuan kurus /cantik hanya sebelum kawin jeerrrr. tapi bile dah kawin die tak kisah dah keadaan wife die. gemuk ke, ape ke. dah tak isu utama, sebab aim die just nak mase sanding, masa perkenalkan wife die kat orang, wife die dlm keadaan, 'cantik'. tapi Farah Fauzana membantah sebab die cakap, perempuan kena cantik sentiasa sebab nanti lelaki cari lain.
emm.. kalau tanya pendapat aku, aku memang sokong Fafau, pasal perempuan pun memang sukakan kecantikan kan. nak nampak cantik, dan dipandang. okay, tapi disebabkan cantik itu subjektif, jadi ada orang nampak cantik di mata semua orang dan ada orang yang nampak cantik di mata sesetengah orang sahaja.
tapi sering kali orang kat luar sana membanding bandingkan kecantikan masing masing dan sering bertanyakan bagaimana untuk menjadi lebih dan lebih cantik. kadang kita terfikir tak ada orang terguris dengan perbandingan terhadap isu yang subjektif tu? contoh, orang tu hitam berjerawat dll, macam mana lagi die nak ubah kecantikan luaran die?? bukan sume orang mampu nak buat pembedahan macam kpop sume tu..jadi kita boleh fikir ape perasaan die kalau perbandingan kecantikan luaran ni menjadi isu yang hangat. mesti golongan itu down. dan terus menerus merendah diri.
tapi kalau kita tengok dari segi perspektif yang sedikit berlainan, dimana kecantikan bukan penentu kebahagiaan. sebab Allah kurniakan hamba2nya dengan kelebihan masing2. kalau awak cantik, tapi awak tak ada ilmu? cantik tu macam tak berbaloi. tapi kalau awak memang cantik, dan berilmu pula, awak memang bertuah sebab awak miliki keduanya.
kalau tengok dari segi lain, orang yang cantik sering mendapat pujian, diminati, diagungkan. sampai kecantikan tu boleh menutup segala cacat celanya. tapi dengan pujian dunia yang berlebihan , kadang menjadi kan seorang tu riak dan boleh menjauhi tuhannya. kadang tak cukup bagi dia apa yang ada sekarang, mungkin dia masih nak nampak lebih cantik. macam aku cakap tadi, perempuan vs perbandingan kecantikan sesama mereka.
bukan kat sini aku nak cakap, marilah kita menghodohkan paras rupa supaya kita tidak jauh dari tuhan kita. mari berfikir secara positif. orang yang tak cantik,tidak jadi mangsa gangguan lelaki2 yang rosak akhlak, orang yang tak cantik, dapat pelihara diri dari pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya, orang yang tidak cantik, selamat daripada menjadi senjata iblis yang mencairkan iman lelaki, orang yang tak cantik tak difitnah dan dicemburui oleh perempuan lain.
aku tahu, mungkin setengah orang berpandangan aku ni tak cantik, atau mungkin cantik yang biasa2. aku akui memang aku pun nak jadi cantik macam orang2 yang cantik kat luar sana. tapi, persoalannya, mampuuuukeerrr?? tengok pipi pun tau, pipi retis salunye ade rahang cantik, aku??bulattt ... zzzzz
masa sekarang, aku sangat2 nak berusaha supaya aku cantik pada pandanganNya. banyyyyaaaakk sangat ilmu akhirat yang perlu dicari, dipelajari, dan insyaAllah dapat aku amalkan satu persatu. nak amalkan yang basic pun tunggang langang lagi. macam tutup aurat, belum sempurna :( belum masuk bab perangai lagi..heemmm..sedih la. bila la aku boleh berubah. yang penting, cantik didunia tidak membawa sebarang kebahagiaan di akhirat nanti. renungan untuk diri sendiri.
hari ni mcam matang kan cara aku taip blog ni. ni bukan lah blog islamic, tapi aku cuma share beberapa pandangan. alrite.! done :)
No comments:
Post a Comment