Monday, April 15, 2013

post kedua :D

ni post yang kedua untuk hari ni. hari ni hari rajin menaip.
aku mengekek sorang sorang sekarang. tambah pulak dengan perasaan annoying kat diri sendiri.
aku rasa bukan aku sorang je penulis blog yang macam ni. aku rasa la...aku rasa..

sebab kan aku baru je menelaah penulisan aku tahun lepas lepas. siryes aku rasa macam nak delete semua.
apebenda ntah yang aku naip? nampak la jugak process perkembangan otak dan kematangan akal fikiran agak berbeza dari masa ke semasa. bila fikir nak delete, rasa rugi pulak pasalnye aku fikir benda  ni boleh membantu untuk aku buat analisa pasal kematangan cara aku berfikir. atau boleh aku baca kan kat cucu menantu aku satu hari nanti. yela, zaman tu dah tak bacakan bedtime story sinderela dah. bukak blog sendiri scroll2 je. paksa cucu cucu baca supaya dorang lebih mengenali nenek / opah dorang. wiwiwiwi

aku tak sure aku ada pembaca setia ke tak..bhahahaha..tapi aku cuma suka menaip dan bercerita. belum dengar aku start bukak cerita lagi. susah jugak nak berenti. jadinye blog ni konon diari aku yang paling konsisten.  sebab diari2 'manual' aku yang lain selalu nye aku koyak sebab aku risau orang baca. diari kan, banyak rahsia! bagi aku bermonolog, berdiari, ber' daily planner, ber'reminder, dan ber'notes memang membantu apa yang aku buat setiap hari. fifi suuukkkeeeee!!! *tibetibe =p

okay nak berenti membebel. :)



gambar menggeliat dengan qila! setia city mall.
*maafye, tangan gue pegang rambut sape tu??

Sunday, April 14, 2013

shopping murah vs mahal

Assalamualaikum!

hai kaki shopping seperti saya diluar sana!
perempuan dan shopping ala-ala macam isi dan kuku, adik dan beradik, aur dan tebing atau macam ' Kami buddies! kami tak kan terpisah!! "
kadang kadang masa shopping sensorang pun illos boleh dapat kawan tau.. sebab nak tanya soalan2 yang onthespot centu:

"eh, cantik la baju awak pegang ni, awak amik kat mana ea? berapa ye? " = ni soalan yang illos tanya kalaukalau nampak baju die tu cantik n die beli banyak2.hihi

"saya tak tau laaa nak amik yang mana, awak rasa yang ni cantik tak??  kee..yang ni??" ni tanya kat promoter tu. tak pun kat akak yang jaga fitting room tu. pun boleh. cool tak?

yela, certain orang senang buat pilihan, aku ni susah sangat, kalau hati aku cakap, emmm..rating dalam hati tak sampai 100% cantik, jadi aku tak beli. bukan aku nak cakap semua barang yang aku beli cantik2, ikut taste memasing la. aku memang tak beli kalau hati aku cakap, 'cantik..tapi.....'   haa..macam ade tapi2 tu, aku cancel beli. sebab nanti aku tak pakai. so bazir!

pasal jenama pulak. hokaii.. illos bukan anak orang kaya  atau sendiri yang kaya dengan titik peluh illos kee..tak tak tak. sekarang pun aku belum grad lagi  tau. elaun intern pun cenonet je. so aku flexible kan diri toksah nak demanding sangat. aku dari dulu lagi suka baca CLEO, or magazine yang perempuan ngada2 baca tu. aku pun mengada tau, dari magazine tu aku selalu jadi gila jenama. lagi gila shopping. skang pulak gila mag Hijabista. fesyen tudung2 dia, tak tekejar illos. gila kau nak lilit 40 kali. pukul berapa nak sampai office??

kay2 balik pada pasal jenama tadi. dulu aku cerewet untuk certain barang ni contoh macam jeans, kasut, beg. tapi baju tak kisah. tapi lama2 makin jadi lagi tak kisah, beg mana aku jumpa asal aku rasa cantik, aku beli. tak kisah la beli kat booth kecik ke, expo ke. janji nampak cantik, tapi MURAH!! hahahah!!  kasut pulak, skang apa2 je yang mana selesa, sebab aku sukakan flat shoes. tak kisah la plain atau bercorak, jenama? tolak tepi. cuma jeans je, susah sikit untuk tak memilih. kalau yang biasa2 tu susah tau. karang senteng la, ketat gila la padahal tu dah jangkau size 38. gile ke, aku bukan besar sangat koootttt.. zzzzzzz

disebabkan aku suka window shopping time tak de duit, jadi aku berpengetahuan pasal design baju, corak dan jenis yang sama ada kat duadua butik mahal dan kedai2 murah. rasa membazir dan tak patut kalau aku beli kat butik mahal2 untuk benda yang aku boleh dapat murah masa sale or beli kat kedai murah2. hahahaha..berbelit tak ayat ni? like serously, aku pernah nampak kawan aku pakai blouse hush puppies sebijik jenis kain, corak, kaler sama  macam baju kurung aku. hikhiikhik. mahal kot dia beli.

so. itu sebab kenapa aku gila Sale. lagi aku heaven sangat kalau shopping time sale. mungkin dah outdated kadang2 tapi aku dapat beli banyak barang dengan kos yang sikit. aku puas lagi kalau macam tu! kalau nak yang murah dan ikut fesyen sangat, pegi je pasar karat kat stadium shah alam tu.. belambak je. murah pun murah. tinggal nak tahan panas dan sesak sesak orang ramai jerrrr.

so pada aku, kalau nak beli barang, kena pandai pilih, jangan beli mahal2 tapi nampak macam pasar malam. pegi survey pasar malam jugak. orang orang kaya tak pergi pasar malam sebab tu dia tak tau betapa advance nye pasar malam. GUCCI2 GUESS tu makanan dorang jugak..kikikiki


satu benda yang aku tak kisah : MAKAN!!!! hihihih.. ni first time makan kat Bubba Gump. lagipun ni orang belanje, untuk hari yang saaaaannnggattt special..wiwiwiwiiw.. semoga berkekalan hingga ke akhirnya  >_<







till then ,  :)

Friday, April 12, 2013

hungry grong grong!!

Asssalamualaikum,

kruukkk.kruukkk!!! ni bunyi perut.
pelik kan..breakfast tak pernah terlepas. sampai office je isi perut laju laju. buat air 2, 3 kali jugak. herherher..
tapi jap je, pukul 1030 camtu perut dah buat announcement. mula la  merayap pegi cari kudap kudap..dalam laci shida ngan zati banyak kunyah kunyah. sedap2 dan bercream plak tuuu. macam kitkat ke, snek, gulegule, kerepek.

mula mula aku heran la jugak, apesal nafsu makan aku kemain naik mendadak. kadang sehari 3 kali makan nasik. risaula gemuk. kaji punye kaji kan, aku realize yang pengamalan aku mengambil vitamin menjadikan aku bernafsu...warrrghhhhhhh!!!! nafsu makan laaa.. zzzzzzzzz

mulamula aku ingatkan faktor aircond. bekerja dalam aircond mungkin buat kita rasa cepat lapar. itu mitos pertama aku. tapi bile pikir pikir balik kan, masa kat U dulu pun class aircond jugak.siap gigil2 sejuk. boleh feel2 oversea lagi. tapi pola pemakan aku rileks je.

so aku buat mitos kedua, yang aku stress dan kepenatan. bukan sebab kerja, tapi sebab aktiviti harian yang padat. namun, mitos kedua ini juga seperti tidak boleh diterima akal. sebab masa belajar dulu, lagi la banyak keringat nak digunakan. tambah2 masa sem FYP. kan kan?? so mitos ini ditolak serta merta.

lalu aku teruskan pencarian untuk jawapan kepada soalan pola pemakanan ni. then today, tasha bagitau aku die cakap, " yela, kau kan makan vitamin, memang la. cepat rasa lapar." dan Davey pun setuju. shida pun angguk. maka sekarang aku ada 3 orang saksi. jadi ini bukan mitos lagi. ini adalah hipotisis. gahahahaha..itu keee rupenyeeee... nanti aku nak tanya encik/ puan farmasi pulak.

masa belajar dulu takat makan kismis je, pastu vitamin untuk kurang / tak senggugut camtu je. tu pun tak konsisten.  ade doktor cakap kalau jenis cepat lapar kene amal makan buah. dikira nak elakkan kita berulang amik benda2 yang berat dan makan benda benda yang boleh datangkan kegemukan dengan cepat.

badan nak jaga, tak nak kasi gemuk tapi nak jogging sebulan sekali pun liat. makan nak yang sedap2 je nak gembirakan perut. selalu camni, boleh bankrupt. zzzzzz.. nehi neehiii.. dulu sebelum intern nekad nak masak everyday. nak bawak bekal nasik goreng untuk makan tgahari. bila dah intern??harooommm... order makan tengahari kan Bagan tu pukul 10. awal gila. punyala bersedia nak makan. hahahaa..nurin nurin.