Thursday, June 25, 2015

ini betul betul throwback


Assalamualaikum,

aku baru terbaca satu kisah pengorbanan seorang ayah untuk beli lapotop untuk anak nak belajar. si ayah tiada duit, selang beberapa hari datang semula ke kedai dengan anaknya. si anak cerewet kerana laptop murah, tetapi selepas di yakinkan oleh si penjual, barulah si anak setuju. si ayah keluarkan duit RM50, RM10 dan RM1 :( tak tahulah macam mana dia kumpul sampai ksogong dompet si ayah).

Aku betul teringat cerita masa aku kecik kecik. Aku bukan dari keluarga senang, dan bukan juga terlalu susah. Tapi masa aku kecik, aku pernah merasa susah tu. Memang sedih bila ingat balik. Ayah dan mama akan cuba lengkapkan kami jugak jugak dengan cara apa pun. mama ayah kerja kerajaan je, mama kerani, ayah bahagian penilaian. Dua dua pun kelulusan SPM sahaja. Gaji pun masa tu diorang tak sampai seribu.

Aku ingat lagi, kasut sekolah aku pattern sama je setiap tahun, pastu jenis full KAIN. Zaman tu sape pakai kasut brand SPARK memang grand abeslah. Memang kata nak bergaya masa sekolah tu takdelah. Anak orang lain baju sampai dua tiga helai. Aku setahun, sehelai je , kalau nak tukar pun, tukar baju tahun lepas punya. Nila pun aku tak kenal masa tu, so kaler baju memang kaler lama la.

Selalu tengok orang lain punya pencil color LUNA panjang, besar, siap tulis nama, tak nak bagi orang pinjam. Pencil case jangan cakap la siap bertingkek tingkek. Seingat aku pencil case aku yang TIN tu. lama lama kemek sket sket :)

Bila buku latihan habis, aku cakap kat ayah, pastu ayah marah sebab dah habis baru bagitahu. Aku nampak ayah KUTIP SYILING atas almari, SYILING SATU SEN pun ada. Sedih masa tu, tapi tak mampu cakap apa. Ayah tak malu pun pergi kedai Grik Supermarket tu beli buku latihan garis garis yang dah habis GUNA SYILING SATU SEN :(. Masa tu buku dalam 20 sen-30 sen. Ayahhhhh ... :(
dia tak kisah asalkan anak dia tak kena marah ngan cikgu, asalkan anak dia cukup walaupun tak sehebat anak orang lain.

Kalau pergi sekolah, aku tahu ayah takde duit. Masa ayah hantar naik moto.moto tu kira 'buruk' jugalah. Warna merah, plat ABC XXXX. Bising bunyinya.Tapi banyak berjasa kat kami sekeluarga. Dah sampai bawah pokok depan gate sekolah, kadang kadang ayah bg 30sen, kadang 50sen. Aku diam je, tak berani minta lagi. Masa tu 30sen dah boleh dapat nasik lemak. kawan kawan masa rehat beli air kotak 90sen, Aku masa tu mampu tengok dan rasa sket kalau kawan bagi. Ada tu, ayah cakap takde duit. So kitorang tak bawak duit pun pergi sekolah. Dulu masa rehat tak boleh duduk dalam kelas, so merayau la buat buta busy, nak pergi kantin takde duit.

Dulu mama ayah kalau dapat duit lebih sikit baru kitorang pegi jalan jalan, tapi takdela istilah nak shopping tu. Kalau jalan tu, jalan je.


Masa masuk U, ayah tahu aku kena pakai laptop, aku tak tahu macam mana ayah buat, sebab aku tak suruh ayah beli pun. Aku agak ayah buat pinjaman komputer kerajaan (which is benda ni aku baru tahu sekarang yang mana ada pinjaman komputer kerajaan). Masa tu serious aku tak sangka yang ayah sanggup beli untuk aku. :( Aku tak pernah terlintas untuk ada laptop sendiri sebab aku tahu laptop sangat mahal untuk aku mintak kat ayah :( ayah cuma senyum and cakap okey ke tu? aku cakap ok yahhh ok yahhh!! laju laju aku jawab. dah bersyukur sangat masa tu sebab tak sangka ayah sanggup beli untuk anak dia ni :(

Mama pernah cerita, masa kami kecik, kalau beli barang dapur, mama ayah akan beli mana mampu je, cukup cukup je. Makan mewah memang takdela. mama cakap kat kedai runcit mama selalu beli tu boleh hutang. Ramai orang hutang, sebab nak beli barang dapur,nak buat stock sebulan. Kami? takde, mama kate taknak hutang sebab kita tak mampu buat cara tak mampu. Boleh je makan nasi ngan telur :)

Masa tu kami duduk rumah kerajaan, alhamduliah, kemudiannya ayah berjaya juga beli rumah teres. Masa tu ayah taknak, sebab takut tak mampu. Tapi mama yakinkan ayah juga. Itu pun ada guna duit KWSP acc kedua.

Yang paling penting ayah tak pernah missed solat jemaah kat masjid. kalau tak semua waktu, at least maghrib dan isya'. InsyaAllah sebab tu Allah bantu kami, cukupkan kami.

Aku ingat lagi, dulu kalau ayah nak beli baju kerja dia, dia tengok harga, dia senyum pastu berlalu. Aku tahu, ayah fikir dia belum mampu beli dengan harga tersebut. Sebab tu kalau sekarang, ayah nak beli baju dia aku akan suggest yang terbaik dan akan bayar untuk ayah. Ayah akan happy macam budak budak ;') sayang ayah....

Dulu nak dapat duit lebih, mama ayah ada buat bisnes kereta sewa. kami pakai 2 proton saga (used car dah pun). Ada sekali tu anak orang kaya sewa kereta ayah sampai accident lepas tu pulangkan macam tu je. dia cakap kalau nak duit minta ngan mak dia. Mama ayah kenal mak dia, diorang pergi la rumah minta duit, yelah mana mampu nak repair, terukk rosakknya. Mak orang tu maki mama ayah. Seolah macam pengemis dia buat. Aku kalau tengok muka makcik tu, memang berangin je, tapi makcik tu dah insaf sekarang.


Dulu, masa tiap kali kereta rosak, ayah akan pergi satu kedai cina (sampai sekarang pg situ), Jet Set nama kedai tu. Tauke dia sangat baik. Bila ayah repair je ayah cakap 'sy hantar dulu, tapi saya tak ada duit' Cina tu cakap 'tak apa, sy tahu manan akan datang balik nanti bayar bila ada duit'. Bayangkan, cina boleh berhati mulia macam tu. Dia pun tahu ayah macam mana jujurnya. :'(


Banyak lagi kisah kisah ayah dan mama masa aku kecik yang buatkan aku jadi macam sekarang. Cuma, aku belum balas sepenuhnya kasih sayang dan pengorbanan diorang. Aku sayanggg sangat diorang. Semoga aku akan berikan pengorbanan sama untuk anak anak aku nanti.

love u mama ayah.


Sekarang aku dah kawin, aku jarang balik gerik macam masa bujang dulu. Tapi aku selalu doakan mereka. selalu call. Bagi aku diorang dah jadi ibu bapa yang sangat sempurna :')

life sekarang dengan husband, insyaAllah dia suami yang sangat bertanggungjawab. :)