Monday, December 31, 2012

Kamalodge Cafe & Resort

assalamualaikum..

Pernah dengar tak Kamalodge?
tak silap aku sebelum aku sendiri sampai kat tempat ni, aku macam pernah dengar tapi jaaaarranngg lah dan aku pun tak tahu tempatnye kat teipen (Taiping).

baru ni, family aku dengan akak nana and her husband yang Chinese look tu pegi ke Taiping dengan tujuan yang tertentu. then after menyelesaikan tujuan tersebut , abang ipar aku pun membawa kami sekeluarge untuk mem'brunch' kan perut memasing memandangkan kitorang gerak ke sane pada awal pagi dengan perut yang menyanyi nyanyi kelaparan.

memula my abang ipar nak bawak ke Sentosa Villa yang lebih kurang se'jalan' dengan Kamalodge ni. tapi tiba tiba pulak ada orang booking tempat tu then buat event apebenda entah, so kitorang terpaksa cancel lalu melengahkan masa dengan menangkap gambar memasing disekitar Sentosa Villa tersebut. cantik jugak tempat dia. dan buat aku verangan rasa nak buat bisnes camtu pulak one day. aherherherrr..  aku memang tak habis dengan berangan. kan.....
okay then macam biasa, aku selalu malas nak berkata kata kalau ada gambar yang boleh explain kan segalanya. dan..

gambar memula ni aku jumpa kat google pasal tak sempat pulak aku nak bergambar dengan batu tersurat ' welcome to sentosa villa'


tengok makhluk pink itu sedikit pun tidak gentar malah mengabaikan sign ' BEWARE OF DEGHOYAN' pada board yang berkaler merah dalam gambar diatas.


dua orang ini sering dibontoti oleh paparazi. maka disebabkan bangga dengan populariti, aku pun tak paham apesal hidung aku macam semacam jek dalam gambar ni.. -.-'


muka belagak macam aku je dapat duduk cangkung tepi anak sungai tu...kennn,keenn..
tengok lelaki pink dari kiri dalam gambar sedang mencari sesuatu didalam begnya..okay..jap..ada sambungan untuk pencarian lelaki itu...jengjenggg..scroll dulu untuk beberapa gambar


okay masih tak paham kenapa si pink ni tak nak beganjak dari posisinya itu. tapi siryesss, sejuk betul air sungai ni..gian rasa nak mandi walaupun paras buku lali


haaa...lelaki pink *seperti gambar sebelum ni... dia dah jumpa spek mata hitam nya..itulah yang dicari cari dalam beg merahnya. maka dia dapat bergambar dan senyum dengan penuh makna walaupun terposok dibelakang



lihat puan ini.. ini mama aku. 
mama dan 1 Malaysia 

motif gambar ni? gambar bermotifkan lampu jalanan

ini pulak itik.. sekor je die dalam kolam ni

3 gambar dibawah ini adalah hasil carian google disebabkan kitorang datang situ plan asal adalah untuk makan, bukan untuk menginap namun gambar2 tersebut memang walaaaaaa:





ni dari luar


jadi kepada sesiapa berminat untuk berbulan madu atau family day boleh refer gambar dibawah:

atau layari http://www.sentosa-villa.com/ 
untuk maklumat lebih lanjut



alright, selepas mempromosikan sentosa villa, mari aku mengalihkan perhatian ke Kamalodge yang disebut sebut pada perenggan pertama tadi. kat Kamalodge ni seriously datang untuk makan jek. so dan mase menikmati makan tak la sempat pule nak bergambar.. jadi tinggal beberapa keping gambar yang bukan berkenaan dengan makanan pun..

cuma masa ni orang lain je dah makan aku nyer order belum lagi sampai

so gemuk oren  kanan ni adik gue.. air yg beliau order is chocolate vanilla, aku plak chocolate milk shake, walaupun nama air aku lagi hebak, tapi rasa nya kurang umphh berbanding air si oren tu


apesal haa kepala si oren n asik ngadap sana je? pasal dia dah tak tahan lapar tengok orang lain makan

pemandangan hadapan meja makan kitorang

ni masa dah habis makan. macam tiba tiba je ada orang berdiri buat peace kat tepi tu.. motif?

okay demikian cerita jalan jalan cari makan sempena adik menghabiskan sisa cuti persekolahannya. asalnya nak masukkan cite Malacca vacation dulu, tapi macam malas nak taip lagi..so ini dulu.. baiiii :)

thanks for reading :)



Wednesday, December 12, 2012

the true is..

YES!! YES!! YES!!



cerita lawak, *boleh laaa

Harini kelas macam biasa, Rabu, kelas pack dari pukul 8.30 pagi sampai 6 petang.
permulaan hari yang agak menyihatkan pasal pagi pagi lagi dah kelam kabut siap pasal rushing nak pergi amik durian crepe kat rumah orang semata demi bff yang teringin nak crepe sangat. actually bendaalah tu dari semalam dah ada, tapi disebabkan rumah ni tak ada fridge.. hokkk..kesian .. macam zaman apa kan..tapi itu bukan menjadi punca untuk aku tak suka rumah ni.

then pergi kelas macam biasa kena naik tangga batu cave, haaa.. feel kot, pergi kelas serious macam pergi menara gading semata demi segulung ijazah..homaaaii..feel sangat..itu dikira exercise untuk si gemuk ini :)
so aku tak kisah.

gap ada dalam 2 jam, pukul 1030, kitorang pergi breakfast kat 'Gembira' <--- nama kedai . boleh tahan aa breakfast sini pasal nasik lemak dia sedap, cuma bawang banyak, so memang konfius ini kedai keturunan Melayu + Bangladesh or apa, tapi takpa, tak kisah jugak pasal sedap.

pastu balik dari kedai tu singgah rumah aku , kena mendaki tingkat 4, biasa la rumah student, susah kot nak dapat rumah aras satu dua, ground floor semua.  aku balik pasal nak amik laptop, konon tak nak buang masa masa pasal next class tu, kelas FYP, semua presentation je.

then kali kedua naik tangga batu cave faculty tu. sementara tunggu kelas petang, aku stay kat fac sebab teruskan buat kerja. pukul 330 dah lapar balik, ajak Anis pergi Cafe sebab nak makan murtabak dengan air sedap.

after sedap borak melantaks semua, then kitorang pun gerak ke next class, project management. sampai je kelas, tak ada orang, air cond bukak, lampu nyala, kipas macam baru pas tutup.. terus dalam kepala otak, hinnnsssshh.. kelas cancel aaa ni..

 aku: wehh..dorang dah kuar aaa..tak de kelas ni...apesal aa dorang tak bagitau kite??!!!
anis: aah laa..kejap kejap aku call liyana 
       **liyana tak angkat
       kejap kejap, aku call akak nisa tu..
       ** akak pun tak angkat
       haaa.jap aku cll Zul De Ace
       ** punnnn tak angkat
aku : apee aaa..penat je..kalau tau baik aku balik g kedai beli mouse
anis: kau tak abes2 kan dengan mouse kau tu..
aku: kene aa ulang ulang nanti aku lupee :p
anis: aku rase dorang sume ni otw balik kot, sebab tu semua tak angkat
aku: aah aa..jom aa balik

mase otw turun tangge dengan perasaan emosi, tetiba selisih dengan PM Rashidah,
muka kitorang dedua tekejut, tapi pasal aku rabun, so kadar terkejut tu sampai secara perlahan lahan.
anis dengan tak semena terpacul soalan bila nampak muka PM,

anis: puan, tak ada kelas ea?? *sambil jari tunjuk kat puan, macam main aci aci
puan: apa??
anis: tak ada kelas kannn??? * tinggikan suara sedikit, * bertambah confident
puan: eh, bila masa kelas batal
aku: orang tak ada pun dalam kelas, siap ada orang lain nak masuk kelas tu
anis: a'aaaa!! a'aaa!!! * angguk laju laju
puan: bilik 7 kan?
anis + aku : * berpandangan satu sama lain, pusing kebelakang..
hahahahhahhahahhaha..maluuuuunyeeeee!!! salah kelasssss!!! 
puan :* muka tension
cepat cepat kitorang naik tangga, jalan laju laju.. nyorok disebalik orang ramai..hahahahhaha
kuat gila aku gelak lepas tu..
anis tak habis habis dengan malu dia 
anis: aku yang tanya, sebab tu aku malu..hahah..macam mana ea soalan aku tadi??

anis membajet dirinya mengaju kan soalan kat puan dengan kadar yang sopan n tak gelabah, tapi sebenarnya, hahahahhaha.. aku dengar sebijik! sebijik! harharhar..

pastu aku tulis kat ketas, harini hari malu sedunia kau..hahahhahha
anis siap ajak nak ponteng kelas lagi sebab tak tahan malu..ahhahahhahahha.lawak gila, kelas yang kitorang masuk first tu is kelas project management untuk hari JUMAAT.. :D
dah tua tua ni, hari pun dah tak perasan.