Monday, December 31, 2012

Kamalodge Cafe & Resort

assalamualaikum..

Pernah dengar tak Kamalodge?
tak silap aku sebelum aku sendiri sampai kat tempat ni, aku macam pernah dengar tapi jaaaarranngg lah dan aku pun tak tahu tempatnye kat teipen (Taiping).

baru ni, family aku dengan akak nana and her husband yang Chinese look tu pegi ke Taiping dengan tujuan yang tertentu. then after menyelesaikan tujuan tersebut , abang ipar aku pun membawa kami sekeluarge untuk mem'brunch' kan perut memasing memandangkan kitorang gerak ke sane pada awal pagi dengan perut yang menyanyi nyanyi kelaparan.

memula my abang ipar nak bawak ke Sentosa Villa yang lebih kurang se'jalan' dengan Kamalodge ni. tapi tiba tiba pulak ada orang booking tempat tu then buat event apebenda entah, so kitorang terpaksa cancel lalu melengahkan masa dengan menangkap gambar memasing disekitar Sentosa Villa tersebut. cantik jugak tempat dia. dan buat aku verangan rasa nak buat bisnes camtu pulak one day. aherherherrr..  aku memang tak habis dengan berangan. kan.....
okay then macam biasa, aku selalu malas nak berkata kata kalau ada gambar yang boleh explain kan segalanya. dan..

gambar memula ni aku jumpa kat google pasal tak sempat pulak aku nak bergambar dengan batu tersurat ' welcome to sentosa villa'


tengok makhluk pink itu sedikit pun tidak gentar malah mengabaikan sign ' BEWARE OF DEGHOYAN' pada board yang berkaler merah dalam gambar diatas.


dua orang ini sering dibontoti oleh paparazi. maka disebabkan bangga dengan populariti, aku pun tak paham apesal hidung aku macam semacam jek dalam gambar ni.. -.-'


muka belagak macam aku je dapat duduk cangkung tepi anak sungai tu...kennn,keenn..
tengok lelaki pink dari kiri dalam gambar sedang mencari sesuatu didalam begnya..okay..jap..ada sambungan untuk pencarian lelaki itu...jengjenggg..scroll dulu untuk beberapa gambar


okay masih tak paham kenapa si pink ni tak nak beganjak dari posisinya itu. tapi siryesss, sejuk betul air sungai ni..gian rasa nak mandi walaupun paras buku lali


haaa...lelaki pink *seperti gambar sebelum ni... dia dah jumpa spek mata hitam nya..itulah yang dicari cari dalam beg merahnya. maka dia dapat bergambar dan senyum dengan penuh makna walaupun terposok dibelakang



lihat puan ini.. ini mama aku. 
mama dan 1 Malaysia 

motif gambar ni? gambar bermotifkan lampu jalanan

ini pulak itik.. sekor je die dalam kolam ni

3 gambar dibawah ini adalah hasil carian google disebabkan kitorang datang situ plan asal adalah untuk makan, bukan untuk menginap namun gambar2 tersebut memang walaaaaaa:





ni dari luar


jadi kepada sesiapa berminat untuk berbulan madu atau family day boleh refer gambar dibawah:

atau layari http://www.sentosa-villa.com/ 
untuk maklumat lebih lanjut



alright, selepas mempromosikan sentosa villa, mari aku mengalihkan perhatian ke Kamalodge yang disebut sebut pada perenggan pertama tadi. kat Kamalodge ni seriously datang untuk makan jek. so dan mase menikmati makan tak la sempat pule nak bergambar.. jadi tinggal beberapa keping gambar yang bukan berkenaan dengan makanan pun..

cuma masa ni orang lain je dah makan aku nyer order belum lagi sampai

so gemuk oren  kanan ni adik gue.. air yg beliau order is chocolate vanilla, aku plak chocolate milk shake, walaupun nama air aku lagi hebak, tapi rasa nya kurang umphh berbanding air si oren tu


apesal haa kepala si oren n asik ngadap sana je? pasal dia dah tak tahan lapar tengok orang lain makan

pemandangan hadapan meja makan kitorang

ni masa dah habis makan. macam tiba tiba je ada orang berdiri buat peace kat tepi tu.. motif?

okay demikian cerita jalan jalan cari makan sempena adik menghabiskan sisa cuti persekolahannya. asalnya nak masukkan cite Malacca vacation dulu, tapi macam malas nak taip lagi..so ini dulu.. baiiii :)

thanks for reading :)



Wednesday, December 12, 2012

the true is..

YES!! YES!! YES!!



cerita lawak, *boleh laaa

Harini kelas macam biasa, Rabu, kelas pack dari pukul 8.30 pagi sampai 6 petang.
permulaan hari yang agak menyihatkan pasal pagi pagi lagi dah kelam kabut siap pasal rushing nak pergi amik durian crepe kat rumah orang semata demi bff yang teringin nak crepe sangat. actually bendaalah tu dari semalam dah ada, tapi disebabkan rumah ni tak ada fridge.. hokkk..kesian .. macam zaman apa kan..tapi itu bukan menjadi punca untuk aku tak suka rumah ni.

then pergi kelas macam biasa kena naik tangga batu cave, haaa.. feel kot, pergi kelas serious macam pergi menara gading semata demi segulung ijazah..homaaaii..feel sangat..itu dikira exercise untuk si gemuk ini :)
so aku tak kisah.

gap ada dalam 2 jam, pukul 1030, kitorang pergi breakfast kat 'Gembira' <--- nama kedai . boleh tahan aa breakfast sini pasal nasik lemak dia sedap, cuma bawang banyak, so memang konfius ini kedai keturunan Melayu + Bangladesh or apa, tapi takpa, tak kisah jugak pasal sedap.

pastu balik dari kedai tu singgah rumah aku , kena mendaki tingkat 4, biasa la rumah student, susah kot nak dapat rumah aras satu dua, ground floor semua.  aku balik pasal nak amik laptop, konon tak nak buang masa masa pasal next class tu, kelas FYP, semua presentation je.

then kali kedua naik tangga batu cave faculty tu. sementara tunggu kelas petang, aku stay kat fac sebab teruskan buat kerja. pukul 330 dah lapar balik, ajak Anis pergi Cafe sebab nak makan murtabak dengan air sedap.

after sedap borak melantaks semua, then kitorang pun gerak ke next class, project management. sampai je kelas, tak ada orang, air cond bukak, lampu nyala, kipas macam baru pas tutup.. terus dalam kepala otak, hinnnsssshh.. kelas cancel aaa ni..

 aku: wehh..dorang dah kuar aaa..tak de kelas ni...apesal aa dorang tak bagitau kite??!!!
anis: aah laa..kejap kejap aku call liyana 
       **liyana tak angkat
       kejap kejap, aku call akak nisa tu..
       ** akak pun tak angkat
       haaa.jap aku cll Zul De Ace
       ** punnnn tak angkat
aku : apee aaa..penat je..kalau tau baik aku balik g kedai beli mouse
anis: kau tak abes2 kan dengan mouse kau tu..
aku: kene aa ulang ulang nanti aku lupee :p
anis: aku rase dorang sume ni otw balik kot, sebab tu semua tak angkat
aku: aah aa..jom aa balik

mase otw turun tangge dengan perasaan emosi, tetiba selisih dengan PM Rashidah,
muka kitorang dedua tekejut, tapi pasal aku rabun, so kadar terkejut tu sampai secara perlahan lahan.
anis dengan tak semena terpacul soalan bila nampak muka PM,

anis: puan, tak ada kelas ea?? *sambil jari tunjuk kat puan, macam main aci aci
puan: apa??
anis: tak ada kelas kannn??? * tinggikan suara sedikit, * bertambah confident
puan: eh, bila masa kelas batal
aku: orang tak ada pun dalam kelas, siap ada orang lain nak masuk kelas tu
anis: a'aaaa!! a'aaa!!! * angguk laju laju
puan: bilik 7 kan?
anis + aku : * berpandangan satu sama lain, pusing kebelakang..
hahahahhahhahahhaha..maluuuuunyeeeee!!! salah kelasssss!!! 
puan :* muka tension
cepat cepat kitorang naik tangga, jalan laju laju.. nyorok disebalik orang ramai..hahahahhaha
kuat gila aku gelak lepas tu..
anis tak habis habis dengan malu dia 
anis: aku yang tanya, sebab tu aku malu..hahah..macam mana ea soalan aku tadi??

anis membajet dirinya mengaju kan soalan kat puan dengan kadar yang sopan n tak gelabah, tapi sebenarnya, hahahahhaha.. aku dengar sebijik! sebijik! harharhar..

pastu aku tulis kat ketas, harini hari malu sedunia kau..hahahhahha
anis siap ajak nak ponteng kelas lagi sebab tak tahan malu..ahhahahhahahha.lawak gila, kelas yang kitorang masuk first tu is kelas project management untuk hari JUMAAT.. :D
dah tua tua ni, hari pun dah tak perasan.


Friday, November 30, 2012

tak suke tak suke tak sukeeeee

tak suke tak suke tak sukeeeee!!!!
Allah, i need your 'rainbow'...aku tak suka ada selingan yang menyakitkan berputar di kepala otak ni pada waktu yang genting macam ni.
aku dah tak banyak masa nak siapkan thesis, systems, semua..
eeeeeeeeeee...
geraaammmmmmmmm!!!
nak kawan kawan,, nak keluar gelak gelak, nak family, nak kasih sayang..
itu je yang paling penting dalam hidup ni..
sangat sedih!!!!

Wednesday, November 28, 2012

tersedarrr..terhantuk dari angan angan


Assalamualaikum =)


Copied from IIUM Online - Madam. Fauziah Mohd Noor.

Assalamualaikum dan salam Ramadhan.
Dua semester lepas, seorang pelajar saya (perempuan), pernah mengirimkan sms kepada saya, "Madam, terima kasih di atas segala2nya. Betapa saya ingin memeluk madam seperti memeluk ibu saya, tapi saya malu." Saya membalas sms dia, " Tak pe..insyaAllah, masih ada peluang utk kita berjumpa semester depan. Dan kalau jumpa nanti, peluklah saya kalau awak nak."


Semalam
Dia datang datang ke ofis saya, dengan wajah suram dan inai masih dijari.Belum sempat berbual panjang, dia memeluk saya dengan erat dan disulam dengan tangisan. basah bahu saya dengan airmatanya. Saya bertanya, "Kenapa? awak sepatutnya gembira sebab baru saja bernikah dengan pilihan hati awak." Dalam sedu dia menjawab, "Madam, saya nak bercerai, saya dah tak boleh nak teruskan hidup dengan dia. Dia sangat berbeza dgn dia yang saya kenal sewaktu bercinta dulu"

Astaghfirullah...hancur luluh hati saya waktu itu bagai kaca terhempas ke batu. Tak perlulahsaya sebut kenapa dan mengapa dia hendak bercerai ketika inai masih di jari. Saya cuma ingin menasihati pelajar2 saya, dan rakan2 FB saya yang masih muda, ingatlah pernikahan bukannya trial and error. Pernikahan bukannya ujian amali atau ujian praktikal. Janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bertunang, maka kamu rasa kamu juga perlu bertunang. janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bernikah, maka kamu rasa kamu juga perlu bernikah. Pernikahan adalah sesuatu yang sangat suci dan ianya memerlukan pengertian, pengorbanan dan kesabaran. Kesabaran bukan bertahan utk seminggu dua atau sebulan atau setahun. tapi kesabaran itu perlu utk membuktikan kamu beriman kepada Allah dan RasulNYA.

Kepada pelajar2 yg telah bernikah di usia muda dan masih belajar, saya merayu kepada kamu semua hari ini...tolong jangan terlalu dipaparkan kemesraan kamu di facebook. jangan terlalu menunjukkan kesronokan bernikah di facebook. saya mohon dengan setulus hati saya. tolong kurangkan posting2 romantik kamu di FB. Saya tidak mahu lebih ramai pelajar yang merasakan seronoknya bernikah.Tapi mereka lupa bahawa di sebalik keseronokan pernikahan itu dipenuhi dengan tanggungjawab yg amat berat.

Dan bukan semua orang bernasib baik mendapat pasangan hidup yang baik. Jadi, cukup2lah kamu berposting tenatng bulan madu kamu, hentikan dialog2 romantik kamu di FB, ucapan sayang dan cinta itu simpan utk tatapan kamu dan pasangan kamu saja.TOLONGLAH....saya merayu daripada kamu. Dan kepada pelajar2 yg masih berfikir tentang bakal suami atau isteri, berjumpalah dengan mereka yg lebih arif tentang hidup. Mintalah pendapat mereka tentang mencari pasangan hidup. Ingatlah anak2ku, adik2ku..pernikahan bukan satu percubaan, tapi satu tanggungjawab yang amat berat. Saya tidak sanggup melihat kamu menangis...tidak sanggup sebab saya sangat sayangkan kamu. jaga diri kamu baik2.





p /s : Copypaste dari status Fatin Liyana. Thanks a bunch! Yeah yeah there you go an effortless entry.


jadi amat penting untuk mengenali pasangan kita (jika yang sudah mengenali) dan jika bernikah atas pilihan keluarga, perlu banyakbanyak berdoa kepada ALLAH. semalam dengar kat radio, Ustazah Nurbaiyah ceramah pasal dengki mendengki dengan kebahagian orang ni memang sangat menjadi punca kepada penceraian. kita tak sedar pun kadang tu kita didengki oleh orang lain atas kebahagiaan kita, apa yang kita sekarang, sebab orangorang centu dia tak redha dengan ketentuan Allah terhadap rezeki manusia lain, jadi ustazah nurbaiyah suruh banyak amalkan doa pendinding dari kejahatan jin dan syaitooonnnnniirojim. :D

Shalin's HARDWARE CAFE

assalaaamualikum,

pada pagi yang indah ini aku nak share sikit pasal apa yang aku makan semalam..wehh..

apesal nak share sangat, selalu tak pun??
pasal aku semacam teruja dengan makanan dan the Hardware Cafe tu..
ini cafe pemilik Shalin bowling tu..dan aku difahamkan bowling yang kat Space U8 tu pun dia yang punya..plus, retis pun datang sini jugekk uolls sebab jalan-jalan cari makan pun datang jugekkkk..class kau Jah!

apesal nama dia nak hardware sangat?
pasal sebelah cafe ni memang dia jual hardware, dan jika anda apply for member card untuk Hardware Cafe ni, anda akan mendapat 10 % discount on Hardware product. okay yang ni aku biasabiasa je..mungkin lelakilelaki lebih teruja??

the menu
aku tak de lah ingat sangat senarai menu dia dari mula sampai habes..tapi lama jugak la aku nak decide nak makan apa..semua nampak yummy yummy sangat!! aku ni penggemar cake dan decoration nya, then kat menu ni penuh juga dengan gambar cake cantikcantik! emm..pelbagai sangat makanan dia. hihi..akak waiter tu pun pandai suggestkan kitorang Pineapple Chicken dot dot.. the 'dot dot' tu aku yang tambah, sebab nama dia terdiri dari 3 patah perkataan, yang last tu lupa. -.- apesal nama dia macam tu?? sebab dalam ayam ni dia letak pineapple slices comelcomel :)


#pineapplechicken
emmpphhhh...dah upload ni still terliur lagi..hekhekhek

lagi satu menu is pasta yang aku tetap lupa nama yang Hardware cafe ni bagi..tapi like seriously, ini PALING sedap!!

#carbonara #cheese #chicken

 then ada la lepas ni kitorang amik chicken wings, Manggo juice and orang juice. masa encik abang nak mintak bill dia offer suggest apply member card sebab sekarang tengah promotion, so registration free then siap bagi dua lagi!! aku pun dapat! >_<

Hardware Cafe Loyalty Program Privileges:
15% disc on food , beverage, and pastries
10% on hardware product
member rate when bowling at Shalin's @SpaceU8
Discount at Shalin's Proshop

so lepas ni boleh 'berbelanja' guna card yang free ni..kikiki..yang best dapat member rate kat bowling tu..i loike!!! after bowling boleh makan banyak banyak!! bye! ..



Friday, November 23, 2012

berdikari lah sangat

kadang kadang aku rasa aku dah cukup berdikari, buat semua itu ini sendiri..
sebenarnya aku cuba untuk tidak bergantung pada orang lain. tapi kesudahannya, kebanyakkannya menemui jalan yang tidak dingini.

contoh paling senang, shopping. aku pernah try shopping sensorang, its look cool, pasal tak ada siapa ternanti nanti aku keluar dari fitting room, belek setiap helai dan rak baju, ukur baju kat badan, pegi ukur lagi depan cermin. last keluar pegi kedai lain, dan rutin yang tadi berulang lagi. siyes siapa yang membontoti akan bosan. perempuan yang menemani pun akan turut berasa sedemikian. baru ni pergi shopping dan bestie n adik aku. dari H&M keluar pergi Cotton On , masuk Nichii, dan ulang balik 3 kedai ni, carik ape yang berkenan..tu baru area situ.. lagipun time tu duit tak berapa nak ada..jadinye jenisjenis brand ni jela yang aku tengok..kang masuk Zara ke MNG kee,, sampai malam aku terbayang tak beli. masa tu aku dapat rasakan mereka dah penat nak layan karenah cerewet mewet aku. pasal deorang dah pun jumpa apa yang diorang tak plan nak beli pun. kesian kan.

itu sebab aku suka konon nak berdikari pergi shopping sendirian. tapi yang menjadi mangsa untuk aku tanya pendapat baju ni okay ke tak n whatever2 is akak yang jaga kat fitting room tu, tak pun mana2 orang yang rebut nak beli baju sama cam baju yang aku nak beli..ini lagi kesian.

contoh kedua, pasal kereta. aku rasa aku cukup nak tahu sangat perihal kejadian kereta. misalnya enjin, tayar, atau apa2 basic yang sepatutnya driver kene tahu. juga, kiranya ada apa2 insiden yang menyebabkan aku memerlukan khidmat bengkel, aku kene tau harga pasaran untuk alat ganti semua..aku rasa la..sebabnye, hari tu kereta aku kene pecah. tingkap belah kiri driver tu. aku syak ade orang pecahkan. memang cerita ni scary, tapi logik sebab tu area kawasan endon..yeee, kat ayam penyet phaachaaleyleyy tuu...haaa.kat situ la aku kejadian itu berlaku.

masa tu aku gabra macam nak luluh jantung ni. nasib ade sorang brader ni, lepas die nampak aku macam kucar kacir sangat, die pun tolong aku. sebenarnye die suruh aku pegi sendiri je.. tapi aku rase mau kene tipu ngan orang kedai kalau pergi sendiri. aku macam buat ayat mintak die jugak hantarkan.masa tu aku dengan anis. konon anis boleh bekap aku kiranya jadi pape. tengok, tetap tak bleh nak setel sendiri.

tadi pulak ( ni cerita paling latest), aku rasa tak sedap bawak kete, tayar rase macam tak best je. aku pun pegi la shell nak isi angin. aku ingat lagi bangla petronas depan sane die ajar aku sikit2 mase aku minta die pam kan tayar kete aku. so dengan confident aku pun selamber tekan 200. aku ingat lagi, bangla tu tekan 200... ayah pun penah tekan 200. tibe ade kete saga park sebalah aku, die kua seraya berkata " kak, jangan tinggi sangat kak 130 dah cukup." wehh aku tak paham wehhh.. sebenarnya berapa kuantiti angin kereta  yang diperlukan. siyes aku rasa macam segansegan kat situ. then orang saga tu jugak tolong pam kan..tengok, tetap tak bleh nak setel sendiri.

dan ini yang terrlatest..ni betul betul berlaku beberapa minit sebelum aku menaip blog ni. KUCING!..heyyy..memang aku tak jumpa lagi sebabsebab untuk aku suka kepada kucing selain wajahnya yang comel. aku tak benci tau..ini cuma tak suka. masa aku kua jap tadi setel kan beberapa perkara, aku pun beli makanan untuk lunch harini.. okay, masa turun kereta, bayangkanlah barang aku agak banyak dan besarbesar sebab aku baru amik comforter kat dobi. *sila bayangkan* dengan bag lagi, makanan lagi *tiga je* tapi itu pun cukup menghalang pergerakkan aku.

tibe, datang segerombolan kucenkucen liar..grrrr..part ni memang aku marah..hinshhh..hinnnshhh * bunyi menahan marah*  deorang kucenkucen tu yang diketuai oleh encik kucen kelabu, ekor belang, gigi tajam, dan mata scary, boleh die kejar aku..dengan buat bunyi ~~mmmheeeoooowwgghhhhh~~...haa..ade garaugarau sikit. aku syak ni kucen gangster. aku dah hentakhentak kaki nak kasik die takut. tapi kan die makin kejar aku adela..siap target kat makanan yang tengah aku pegang tu... wehh..mane boleh aku teruskan cara hentakkan kaki itu, maka aku berlari ke blok sebelah..malu jangan nak cerita, sebab pada masa yg sama ada orang juai cakoi kat tepi tu dengan beberapa pelanggannya..aku geram sebab anak pakcik tu suppose tolongla aku yang dalam kesusahan ni.. boleh die tengok je..die ingat aku tengah berdrama agaknya. masa aku dah sampai area parking moto blok sebelah, tetiba, pakcik cakoi tu panggil kucen tu..haaa.tau pulak pakcik tu nak bertindak balas, ingatkan blur.. -.-

dengan terhuyung hayang membawa barangan besar dan berat..aku naik la ke tingkat 4. brrrrr..siyes penat. daripada tak peluh terus berjughai peluh keluar. :( demekian la cerita pasal ketidaksempuranaan aku. tapi dengan kejadian seperti yang dibincangkan di atas tidak mematahkan semangat aku untuk berdikari. cuma sekarang rasa tak sanggup dah nak duduk flat .. macammacam hal. dengan sokongan yang tersayang, maka hidup ini diteruskan lagi dengan sempurna.. dengan izin Allah juga..ameenn..

tak sedar dah taip berjela :(