Wednesday, September 19, 2012

Aku dalam kesedihan


Assalamualaikum..

Setiap hari aku berjumpa, berkomunikasi dengan kebanyakan orang yang menggembirakan kembali peasaan sedih yang selalu membaur dalam naluri yang tak kuat ni.
Hemm.. sem ni di panggil sem sedih sedunia. Permulaan yang sedih dan tidak menyeronokkan. lebih dasyat dari icon ini à L

Berhempas pulas cari rumah sewa, permohonan segala gala yang boleh dimohon. Kalau tanpa tulang empat kerat juga kredit telepon yang tak mencukupi pasti semua itu hambar dan menemui jalan buntu. Selain dari itu bimbingan dan semangat dari pihak bertanggungjawab memang harus dihargai walaupun sekadar terima kasih. Maaf, kekangan wang memang semakin melampaui batas. L <----kembali icon sedih.

Demikian hal hal yang disebut kan diatas (itu hanya separuh) dicampur lagi dengan masalah sampingan, membuatkan kadang aku terjelepuk jatuh dan menangis sendirian. Aku bisik , tak mengapa, rezeki datang dari Allah, bukan dari awak, dan awak, dan awaks sekalian. Jesteru mengapa aku perlu bersedih lamalama, Allah mendengar setiap doa aku, jadi jangan berhenti berdoa. :’(   *menitiskan air mata

Kadang, hal yang tidak disangka, seperti duit RM100 tu, boleh hilang dalam sekelip mata disebabkan oleh hal yang tidak disangka itu. Manusia bermacam ragam, kan? Padan lah dengan aku yang banyak dosa ni, layaklah diduga bertimpa timpa. Aku mohon, “kuatkan aku “ ßtajuk lagu VAGETOZ :’)

kadang lagi, walaupun duit tinggal seciput sedut, aku tetap akan menggunakannya untuk membeli buku  yang related dengan rezekirezeki. Sebab, bila baca buku macam tu, kita akan rasa Allah sentiasa dengan kita, at least aku rasa tempat mengadu itu masih ada, dan segala datang dari dia. Aku sedikit lega J

awak, walaupun awak jatuh macam mana pun, atau sengkek sebagaimana rupa sekali pun, ingatla, awak bukan sendirian. Terima kasih kepada yang menyedarkan aku bahawa aku patut sedar diri kerana begitu besar kesalahan aku terhadap sekalian manusia. Aku mohon maaf kerana kalau aku mati hari ini, aku mohon awak semua maafkan aku. Semoga ada yang membaca J



Friday, August 3, 2012

tak terkata..

assalamualaikum..
so today result release.. wahh..macam release album you !
seriously, aku tengok result sampai tak terkata.
mean what?
aku expect lebih lagi, tapi aku dapat kurang sikit dari 'expect'an aku tu. Allah nak bagi banyak tu, then aku bersyukur, sebab ia bukan tak bagus, sangat bagus pada aku , sebab itu peningkatan yang mendadak juge lah ye.
aku ajar diri aku bebanyak kali supaya bersyukurrrr..please jangan nak tanya lagi kenapa ni je..kenapa??kenapa!!!
kalau nak dekan sangat, sem depan duduk mengadap buku lebihhhhh lagi,,system biar sume 'clear' .
ohmai..! budak system pulak. dengan FYP lagi..hukkhukk..sem depan ni agak sakit. then kene bagi lebih tumpuan pada study...jangan lupa, dilarang sama sekali skip mengaji Quran, everyday kene kene jugak bace. kalau kita tak lupa Dia, insyaAllah Dia sentiasa tolong kita. hati kita milik Allah..ilmu pun milik Allah. then kenapa perlu kita lupakan Dia?mohonlah dari die, walaupun kau dah cukup hebak!
kikiki!
penat lelah, sume terbalas. aku dapat rasakan sume yang aku korbankan selama ni, hasilnya harini aku perlu berpuas hati. ade la tu lobang lobang dosa tak semena mengumpat or ape saje yang buat result tergugat dan tak mencapai targetnya.sape tahu?
ucapan penghargaan terima kasih tak boleh tulis panjang2..tu tulis mase after habis buat Final Project ..wink*
then pray for my Final Project. its just BEGIN :)

 


Wednesday, July 25, 2012

suami terbaik :)

bukan semua perempuan mencari kesempurnaan
perempuan mencari siapa yang boleh lengkapkan mereka supaya jadikan mereka lebih sempurna
dan semakin dekat dengan DIA.
hanya suami terbaik
yang tidak abaikan tanggungjawab pada agamanya
insyaAllah, Allah akan pelihara dirinya dari abaikan tanggungjawab terhadap keluarganya.
Amin...


jadikan ku lebih dekat dengan penciptaku :)

Friday, July 20, 2012

Ramadhan 2012

assalamualaikum,
Ramadhan tiba jugak akhirnya..
selesaila sesi melantak time pagi and tengahari.
time perut nak berehat.
aku pun tak tau kenape dekat dekat nak puasa ni la nafsu makan memang datang mencurah curah lebih dua kali ganda.
balik rumah mama pulak.
memang tak berenti mengunyah.
dapat aku bayangkan kalau hari hari nafsu aku macam tu, memang tak lama la badan nak naik 60kg n above V________V
TAK NAK!!
brrrrrrrrrrrrrr....!!aku tak nak gemokkk..tapi cara pemakanan aku memang cara yang menjerumus ke arah GEM..GEM...moxxx moxxx itu. T_T
then, aku excited bulan puasa datang!
yeayy!!
boleh tahan nafsu makan...ajar sikit mulut berenti menguyah, ajar sikit perut duduk diam diam..hihi..
plus, macam2 yang aku buat ' list perbuatan yang patut diubah' pada bulan ni, n semoga berkekalan.
amin.. >_<
and malam ni, boleh la pegi tarawih..
rinduuuu...suasana tarawih.. lain kan? .  :')
dikesempatan ni jugak, aku nak mohon maaf atas salah silap slame ni and selamat berpuasa,kepada sesape yang sudi bace blog ni..ade ke??kehkeh..okay, bye!

motif? -.-'

Monday, July 9, 2012

3A-00-36

hye!
so kejap sangat kenal dengan roommate kat Kolej Melati ni.
sem ni pendek.
tapi sape sangka yang kitorang agak close dengan macam-macam cerita, borak tak ingat bilik2 sebelah, tak fikir orang study kat pondok ke ape ape sekitar bilik tu. plus, akak suke bercerita berserta dengan theory BIOLOGY die. yelaa..budak microbiology plak.. kau ada?? ^^
dan yang paling penting, sape je yang ter'shashul' bercakap,
'word' tu akan sentiase jadi bahan nak drop sesame sendiri..wiwiwii !
dua budak yang rajin study ni budak account, Bella n Nady. rajjiiiinn..study, padan la dengan test dorang berturut turut dah macam SPM.
sorang lagi, kitorang paggil 'akak' sebab?? die suruh! kasik hormat!..hahah..sebab??die tua setaun. setaun jeeee.. hii..
tapi disebabkan masing-masing busy mengejar citacita, so dalam tempoh satu sem bersekedudukan ni, dua kali je kitorang sempat keluar bercengkerama.
then,, akak dah habis exam, dah balik ke pangkuan keluarga. tiga orang ni kedek-kedek lagi meneruskan usaha gigih kat sini.
pasni, mesti rindu kat semua. Bella cakap nanti die datang melawat aku sem depan kat sini..die dah keje time tu..aku harap die belum kawin time tuu..kalau tak,,,sumpah aku jeles..hihi..
then time aku kawin nanti tiga orang ni mesti la kene datang. aku prepare 1 meja untuk 3A-00-36 ..hahah.alahaiiinyeee! -.-

Nady, akak, n Bella















bye! 





Sunday, July 8, 2012

and then..



" some people make your life better by walking into it, 
while other people make their life better by simply walking out of it."

...and me still 'me' here...
...'learning'...

Thursday, July 5, 2012

pesanan ini untuk..

hye amni passadena,
bertabahlah kau sem ni..
bertabah la kau untuk exam week ni..
kusut masai, bintik2 kat muka tumbuh dengan gembirenye,
bawah mate bergelap tanpa eyeliner,
sakit kepala yang menyucuk,
kalau hasilnye tak memuaskan pun, Allah tahu kau dah usaha amni.
serahkan semua pada urusanNya..
cuba yang terbaik selagi punya masa.
yakin boleh! boleh!! boooooooo llleeehhhhh !! urat dah tecabut? :p