hai..try korang eja CUAI..LUPA ..pendek je .4 huruf !.tapi kesan dia macam geram-geram je kan!..
selalunya cuai muai dan pelupa ni bukan terjadi pada golongan berusia je, tapi kanak-kanak juga akan turut terjebak ke dalam sindrom yang tidak diundang ni.
contoh syndrom penyakit ini ikut kategori umur ;
kalau budak-budak sekolah kan
-pagi-pagi nak pegi sekolah, salu baru nak tercarik-carik stokin lagi sebelah kat mana. padahal die yang tak letak balik kat tempat die senang nampak.
-sampai skolah, ade je buku tertinggal. tak pon tertukar buku garis ngan buku petak- petak.
-mak kasik bekal, pastu tinggal bawah meja. esok bawak bekal baru, dan tinggal lagi bawah meja lagi. sampai boleh buat koleksi tupperware kat bawah meja tu.
-ade je alat tulis yang tertinggal, mase buat kerja skolah semalam, tak simpan balik dalam pencil case. pastu pinjam kat kawan.
kalau remaja plak
-pergi hantar baju kat kedai dobi, tapi tak perasan dalam tu ade benda penting, tak cek dulu, contohnye henpon (ini kisah benar :D )
-pergi class salah bawak pendrive atau tertinggal pendrive, yang dalam tu ade file yang penting untuk presentation jap lagi.
-dah sah rabun, tapi tak nak pakai spect all the time. sebab takut mate bengkak kat bawah ataupun mate jadi kecik..pastu on off la pakai spect, then selalu jadi kejadian tertinggal kat mana-mana dan kadang-kadang lupa terus ada kat mana.
-kalau buat 1 benda tu, mesti ada buat salah, contoh, ade je benda yang missed dalam requirement project @ assignment.
-suke nak lupa kunci -kunci yang penting letak kat mana. selalunya balik je, campak2 kan. then bila nak kua mesti tercari-cari lalu melambatkan masa orang lain.
kalau orang tua
aku belum tua, tapi, aku rasa, untuk warga tua yang cuai atau pon lupa macam tak menjengkelkan sangat. kire paham la, kenapa die nak jadi camtu.. :)
setelah buat beberapa research , disini ada petua sikit untuk si cuai muai ::

1. Buat senarai pendek atau notis..
sedaya upaya la buat notes even banyak dan nampak serabut, pasal banyak sgt benda nak remind kan, so bia la orang nak cakap ape, asalnye kau tak lupa. dan tidak nampak bodoh apabila lupa.
letak la kat fridge ke, kat meja ke, kat tepi air cond kete ke..<---yang ni bagus, sebab tiap kali masuk keta memang bukak air cond kan.
2. Beri komitmen dan cuba atasi dengan positif
beli la diary!
ye, aku setiap sem bertukar diary, sebab mesti penuh dengan apa-apa tugasan yang aku kena buat..dan bukaklah setiap kali lupa, pastikan tick pada perkara yang korang dah buat.
dan bagi perkataan VERY GOOD @ WELL DONE kepada diri sendiri tanda korang hargai apa yang korang buat tu tanpa sedikit lupa.
3. Letak kat tempat yang sama dan senang nampak
kunci-kunci sila lah gantung.sah-sah memang nampak. orang lain pon boleh tolong bagitahu, kunci tu tergantung pasal dorang nampak, sekiranya kite lupa.
benda-benda yang penting untuk bawa hari esok, letak satu tempat siap-siap. kalau nak selamat pegi letak terus dalam kereta. senang.
4. Elak minum kafein dan tidur awal
kalau nak exam tu, time tu la nak minum mocha la ape sume. sebab nak stay up..tak bagus, tapi yang ni la aku salu buat.sebab tula aku lupa..haiishhh..kan salu nak study last menet :P
5. Relaks dan usah terlalu risau dengan masalah ini
huh..kalau kita fikirkan sangat satuuuuu perkara tu, kita mesti lupa perkara yang lain. kan??kan??
tula, sebabnya, kita dah fokus untuk satu benda, time tu, benda remeh -temeh, macam, lupa nak pick up member kat mana-mana , lupa ade group discussion sebab tengah pikirkan pasal masalah-masalah yang tak kesudahan..lama-lama orang akan nampak kita macam tak siyes.
6.banyakkan membaca
untuk tajamkan minda, supaya kita terima benda-benda yang positif, dan berfikir perkara-perkara yang positif yang dapat meransang neuron-neuron dalam otak. (macam iklan susu plak ! ) bila neuron semakin berhubung dengan cepat, mungkin masalah lupa dan cuai akan berkurangan.
okey, semoga membantu anda dan diri sendiri :)