Ade orang yang baru nak bisnes malu kawan kawan tahu kan? Hehe rileks.
Kalau memang awak jenis yang cepat down, better jangan promote kat personal fb. π
Sebab sikit je dugaan kena banned dgn kawan, dah rase nak tutup bisnes. Dik, banyak lagi cara lain
Nak bisnes, nak bisnes hati memang kena kental, mcm getah. Tarik lah camane pun, degil gak kembali bentuk asal.
Okay faham.. Mula mula nak kental kan hati memang susah. Duit nak, tapi nak bisnes malu kena reject dgn kawan kan? Biasa sgt semua tu. Memang fasa ni kena lalui dulu. Fasa kawan lari. Fasa kawan perli. Fasa officemate panggil kite dengan panggilan barang yang kite jual. Hahhaa geram kan? Tapi cepat2 pujuk hati. 'Rilek lahh..bukan die yang bagi aku duit. Aku nak kaya cepat, nak tolong lg ramai orang, orang2 yang jenis pemikiran cetek ni baik aku letak tepi'. Ye, orang camni kena let go cepat. Buat semak memory. Buang marah n sakit hati tu. Sebab orang bisnes kena positif vibes. Takleh layan benda ni lama2 nanti rezeki susah masuk.
Bab rezeki ni memang panjang sgt nak citer. Hati n mental kena jaga baik baik. Pikir yang baik baik je. Kalau marah cepat2 muhasabah diri. Mintak maaf kat Allah sebab kite terikut amarah syaitan. Biasalah bukan senang nak jaga marah ni. Nurin sendiri senang melenting. Nak berubah tu mashaAllah susah. Hari2 duk doa Allah kebalkan hati. Nak dekat dgn Allah buang yang tak baik baru Allah sayang. Baru mintak Dia terus je bagi. Macam kapel la, nak tackle kena belanja macam2 baru senang masuk meminang tak kena reject. Allah lagi la maha pengasih penyayang. Tak rugi langsung letak Allah No 1. Haaa. Cepat letak sekarang. π
Pasal kawan, haters, anggap lah diorang tu penonton yang tengah tunggu result bisnes korang. Kite teruskan berjalan, dan berlari kalau boleh. Kalau terasa, anggap je tu cara Allah nak hapuskan dosa kita sebab tu Dia bg kite sakit sikit. Tapi cepat taubat, lg banyak taubat lagi Allah sayang. Malas cane pun try buat sekali seblum tidoπ
Impian 1, 2017 DAH beli rumah CASH kat ipoh bulan 12. Semi D. Allah, ia mustahil bagi aku tapi tidak pada Mu. Aminnn
Thursday, February 9, 2017
Monday, January 16, 2017
Perjalanan untuk berubah.. PART 1
Dalam buat sesuatu, bila kita takut.. terus letakkan semuanya pada Allah.
Memang kita tak mampu. tapi Allah Maha Mampu..lebih dari segalanya.
Kalau kita fikir, aku nak buat ni..risikonya ini.. buat itu..tetap ada risiko dan kekurangan disini dan disitu.
Jangan berhenti melangkah sebab takut. Perasaan takut, putus asa datang bila Allah kite letak di'tepi'.
Nauzubillah...
Aku beli buku RM167 ini, menjadikan balance dalam bank RM1.80.
Tawakal kerana Allah, aku nak tahu bagaimana formula MENARIK rezeki berbanding, aku menCARI rezeki yg
selama ni gagal untuk cukup.
Semoga aku menjadi hamba yang lebih dekat dengan Mu.. Allah.
Bismillah...
Memang kita tak mampu. tapi Allah Maha Mampu..lebih dari segalanya.
Kalau kita fikir, aku nak buat ni..risikonya ini.. buat itu..tetap ada risiko dan kekurangan disini dan disitu.
Jangan berhenti melangkah sebab takut. Perasaan takut, putus asa datang bila Allah kite letak di'tepi'.
Nauzubillah...
Aku beli buku RM167 ini, menjadikan balance dalam bank RM1.80.
Tawakal kerana Allah, aku nak tahu bagaimana formula MENARIK rezeki berbanding, aku menCARI rezeki yg
selama ni gagal untuk cukup.
Semoga aku menjadi hamba yang lebih dekat dengan Mu.. Allah.
Bismillah...
Wednesday, July 29, 2015
nurin & her pregnancy story :) part I
Assalamualaikum,
Hai diary!,
today kita pergi jumpa dokter kat Klinik Kesihatan Kuang untuk scan baby dalam perut, OMG boleh tak sebenarnya sampai tahap ni, aku masih tak caye yang aku bakal MOMMY and dah ada baby dalam perut.
At last tadi, tak sangka procedure jumpa doc adalah untuk scan baby dalam perut. Untuk pertama kalinya!! aku betul sebak and menitis air mata, doc cakap camni;
'okay tengok ni kantung dia, nampak tak dalam kantung ada jantung berdenyut'
SubahanAllah!! Allahuakbar!! baby aku tuuu!! tu jantung dia!!!
aku beriya tanya lagi soalan sama kat dokter.Excited! Ya Allah, zuriat aku ;')
aku terharu, aku tak percaya, aku terlalu tak percaya.
dalam hati, terus cakap 'babyy mama.....'
first time aku bahasakan diri mama kat baby tu, baru aku rasa naluri keibuan tu datang, sayu, sayang..
aku tanya lagi..
'saya nak gambar ni boleh? sambil tunjuk kertas scan gmbar baby tu, doc dah print dua.
'ya, nnti sy print lagi satu untuk awak'
aku senyum.
Masa drive balik ofis lepas hantar hubby, aku start pegang perut n cakap cakap ngan baby.
Aku ingat lagi jantung baby tu denyut comel je, tecik je dalam kantung. Ya Allah, kuasa Mu Ya Allah.
'baby, nanti jadi kawan baik mama ya, jadi anak soleh solehah, jadi anak bijak, anak sabar, anak hormat ibu bapa. Jadi anak protect mama, jadi anak yang sangat sempurna, jangan tinggalkan mama'
Tiap kali tu aku nangis lagi.
aku tak sangka Allah atur cantik sangat, lepas 4 bulan kawin, aku disahkan mengandung. Masa sah ngandung pun aku cek about 3 times guna pregnancy test. takut syok sendiri. Alhamdulilah, kuasa Allah juga aku tak mabuk teruk, mual kat tekak je, sakit perut kadang je, tenaga masih lagi ada tersisa. Mampu buat kerja rumah lagi, cuma pergerakan slow. tak laju macam dulu.
my happy day. baby, membesar dengan sempurna insyaAllah.
sayang anak mama :)
Thursday, June 25, 2015
ini betul betul throwback
Assalamualaikum,
aku baru terbaca satu kisah pengorbanan seorang ayah untuk beli lapotop untuk anak nak belajar. si ayah tiada duit, selang beberapa hari datang semula ke kedai dengan anaknya. si anak cerewet kerana laptop murah, tetapi selepas di yakinkan oleh si penjual, barulah si anak setuju. si ayah keluarkan duit RM50, RM10 dan RM1 :( tak tahulah macam mana dia kumpul sampai ksogong dompet si ayah).
Aku betul teringat cerita masa aku kecik kecik. Aku bukan dari keluarga senang, dan bukan juga terlalu susah. Tapi masa aku kecik, aku pernah merasa susah tu. Memang sedih bila ingat balik. Ayah dan mama akan cuba lengkapkan kami jugak jugak dengan cara apa pun. mama ayah kerja kerajaan je, mama kerani, ayah bahagian penilaian. Dua dua pun kelulusan SPM sahaja. Gaji pun masa tu diorang tak sampai seribu.
Aku ingat lagi, kasut sekolah aku pattern sama je setiap tahun, pastu jenis full KAIN. Zaman tu sape pakai kasut brand SPARK memang grand abeslah. Memang kata nak bergaya masa sekolah tu takdelah. Anak orang lain baju sampai dua tiga helai. Aku setahun, sehelai je , kalau nak tukar pun, tukar baju tahun lepas punya. Nila pun aku tak kenal masa tu, so kaler baju memang kaler lama la.
Selalu tengok orang lain punya pencil color LUNA panjang, besar, siap tulis nama, tak nak bagi orang pinjam. Pencil case jangan cakap la siap bertingkek tingkek. Seingat aku pencil case aku yang TIN tu. lama lama kemek sket sket :)
Bila buku latihan habis, aku cakap kat ayah, pastu ayah marah sebab dah habis baru bagitahu. Aku nampak ayah KUTIP SYILING atas almari, SYILING SATU SEN pun ada. Sedih masa tu, tapi tak mampu cakap apa. Ayah tak malu pun pergi kedai Grik Supermarket tu beli buku latihan garis garis yang dah habis GUNA SYILING SATU SEN :(. Masa tu buku dalam 20 sen-30 sen. Ayahhhhh ... :(
dia tak kisah asalkan anak dia tak kena marah ngan cikgu, asalkan anak dia cukup walaupun tak sehebat anak orang lain.
Kalau pergi sekolah, aku tahu ayah takde duit. Masa ayah hantar naik moto.moto tu kira 'buruk' jugalah. Warna merah, plat ABC XXXX. Bising bunyinya.Tapi banyak berjasa kat kami sekeluarga. Dah sampai bawah pokok depan gate sekolah, kadang kadang ayah bg 30sen, kadang 50sen. Aku diam je, tak berani minta lagi. Masa tu 30sen dah boleh dapat nasik lemak. kawan kawan masa rehat beli air kotak 90sen, Aku masa tu mampu tengok dan rasa sket kalau kawan bagi. Ada tu, ayah cakap takde duit. So kitorang tak bawak duit pun pergi sekolah. Dulu masa rehat tak boleh duduk dalam kelas, so merayau la buat buta busy, nak pergi kantin takde duit.
Dulu mama ayah kalau dapat duit lebih sikit baru kitorang pegi jalan jalan, tapi takdela istilah nak shopping tu. Kalau jalan tu, jalan je.
Masa masuk U, ayah tahu aku kena pakai laptop, aku tak tahu macam mana ayah buat, sebab aku tak suruh ayah beli pun. Aku agak ayah buat pinjaman komputer kerajaan (which is benda ni aku baru tahu sekarang yang mana ada pinjaman komputer kerajaan). Masa tu serious aku tak sangka yang ayah sanggup beli untuk aku. :( Aku tak pernah terlintas untuk ada laptop sendiri sebab aku tahu laptop sangat mahal untuk aku mintak kat ayah :( ayah cuma senyum and cakap okey ke tu? aku cakap ok yahhh ok yahhh!! laju laju aku jawab. dah bersyukur sangat masa tu sebab tak sangka ayah sanggup beli untuk anak dia ni :(
Mama pernah cerita, masa kami kecik, kalau beli barang dapur, mama ayah akan beli mana mampu je, cukup cukup je. Makan mewah memang takdela. mama cakap kat kedai runcit mama selalu beli tu boleh hutang. Ramai orang hutang, sebab nak beli barang dapur,nak buat stock sebulan. Kami? takde, mama kate taknak hutang sebab kita tak mampu buat cara tak mampu. Boleh je makan nasi ngan telur :)
Masa tu kami duduk rumah kerajaan, alhamduliah, kemudiannya ayah berjaya juga beli rumah teres. Masa tu ayah taknak, sebab takut tak mampu. Tapi mama yakinkan ayah juga. Itu pun ada guna duit KWSP acc kedua.
Yang paling penting ayah tak pernah missed solat jemaah kat masjid. kalau tak semua waktu, at least maghrib dan isya'. InsyaAllah sebab tu Allah bantu kami, cukupkan kami.
Aku ingat lagi, dulu kalau ayah nak beli baju kerja dia, dia tengok harga, dia senyum pastu berlalu. Aku tahu, ayah fikir dia belum mampu beli dengan harga tersebut. Sebab tu kalau sekarang, ayah nak beli baju dia aku akan suggest yang terbaik dan akan bayar untuk ayah. Ayah akan happy macam budak budak ;') sayang ayah....
Dulu nak dapat duit lebih, mama ayah ada buat bisnes kereta sewa. kami pakai 2 proton saga (used car dah pun). Ada sekali tu anak orang kaya sewa kereta ayah sampai accident lepas tu pulangkan macam tu je. dia cakap kalau nak duit minta ngan mak dia. Mama ayah kenal mak dia, diorang pergi la rumah minta duit, yelah mana mampu nak repair, terukk rosakknya. Mak orang tu maki mama ayah. Seolah macam pengemis dia buat. Aku kalau tengok muka makcik tu, memang berangin je, tapi makcik tu dah insaf sekarang.
Dulu, masa tiap kali kereta rosak, ayah akan pergi satu kedai cina (sampai sekarang pg situ), Jet Set nama kedai tu. Tauke dia sangat baik. Bila ayah repair je ayah cakap 'sy hantar dulu, tapi saya tak ada duit' Cina tu cakap 'tak apa, sy tahu manan akan datang balik nanti bayar bila ada duit'. Bayangkan, cina boleh berhati mulia macam tu. Dia pun tahu ayah macam mana jujurnya. :'(
Banyak lagi kisah kisah ayah dan mama masa aku kecik yang buatkan aku jadi macam sekarang. Cuma, aku belum balas sepenuhnya kasih sayang dan pengorbanan diorang. Aku sayanggg sangat diorang. Semoga aku akan berikan pengorbanan sama untuk anak anak aku nanti.
love u mama ayah.
Sekarang aku dah kawin, aku jarang balik gerik macam masa bujang dulu. Tapi aku selalu doakan mereka. selalu call. Bagi aku diorang dah jadi ibu bapa yang sangat sempurna :')
life sekarang dengan husband, insyaAllah dia suami yang sangat bertanggungjawab. :)
Tuesday, May 5, 2015
always my favorite song :)
Assalamualaikum,
today dah start keje after cuti 4 hari. well, spent my holiday like kemas-rumah-like-happysangat.
ahaa, dah pindah so-called official kat rumah baru. Sebab sebelum ni kosong macam sangat kategori kasihan. Alhamdulilah rezeki hubby lebih dapat penuhkan banyak ruang kat rumah.
Camnilah life after married, sama sama dari takde kepada ada. lepas ni bertambah bilangan ahli keluarga lak. aik? hiihi.. mampu berdoa banyak banyak sekarang.
Bohong cakap after kawin semua smooth je, everything not-going-so-well, but on that time, we need each other. Really.
Sangat bersyukur dapat suami baik insyaAllah juga bertanggungjawab :)
Time iolls request nak macam macam untuk perabot rumah, dia pun excited fikir benda sama.
Petang petang ni kita fefeeling nak kasik lagu kat hubby kite as-wish-he-read-this-entry ahahaha.
Untuk awak, sayang.
Liyana Fizi - Jatuh
Friday, April 3, 2015
mind confession. :(
Assalamualaikum,
okay taknak cakap banyak, tapi... nak niiii!!!
bawah
bawah lagi
lagi
hmmmmm lagi sket aaaa
bawah lagi
bawah lagi
hahahahahaaa nervous mak nok
bawahh aaaaa
okay
hehehe
tadaaaaa!!!
okay taknak cakap banyak, tapi... nak niiii!!!
bawah
bawah lagi
lagi
hmmmmm lagi sket aaaa
bawah lagi
bawah lagi
hahahahahaaa nervous mak nok
bawahh aaaaa
okay
hehehe
tadaaaaa!!!
bosan dah bekerja, nak jadi tukang jahit plak!
sekian :)
Monday, March 9, 2015
his title now, husband
Suamiku PERFECT 10!
Surat buat suamiku,
Saya tak tahu mana bila kite start call each other 'sayang'. tu semua onthespot tapi yang penting depan orang terus bertukar jadi 'awak, saya' hihi, takpe kite sama sama tak ambil hati pun.
Untuk suamiku,
walaupun syg cuba bagitahu apa apa yang buruk dan kelemahan syg, sejak dari awal perkenalan, tapi tak tahu kenapa Allah tetap nampakkan saya benda yang terbaik yang ada dalam diri syg. Maaf, saya TAK boleh untuk 'TIDAK menyukai dan mencintai sayang' sekarang.
sayang,
syg terima kasih sebab terima kekurangan sy, terima kasih sebab sentiasa jaga hati sy, terima kasih untuk semua rezeki yang kita kongsi bersama, terima kasih sebab selalu memahami luahan hati sy.
sayang,
jangan rasa jauh dengan sy, sebab selagi kite jaga hubungan dengan Allah, Allah jaga kita. syg, kekalkan manja syg tu, sy rase melting betul. ^^
sayang! nak tahu ramai cakap syg nampak muda dari sy! hahaha ..eeeee.. rase nak seliggi je lutut orang tu. syg tak tahu syg tu muka je budak sikit dari sy, tapi perangai matang. serious matang kalau berfikir, KECUALI masa dia jumpa robot robot dia hahaha
sayang,
sy tak boleh berjanji untuk tunaikan semua permintaan dan keinginan syg, tapi sy berjanji untuk sentiasa jadi yang terbaik walaupun sy bukan yg terbaik hanya untuk orang yang paling sy sayang, my husband.
love u mr perfect 10 saya!
XOXO
140215/150215
#akan bersambung
Surat buat suamiku,
Saya tak tahu mana bila kite start call each other 'sayang'. tu semua onthespot tapi yang penting depan orang terus bertukar jadi 'awak, saya' hihi, takpe kite sama sama tak ambil hati pun.
Untuk suamiku,
walaupun syg cuba bagitahu apa apa yang buruk dan kelemahan syg, sejak dari awal perkenalan, tapi tak tahu kenapa Allah tetap nampakkan saya benda yang terbaik yang ada dalam diri syg. Maaf, saya TAK boleh untuk 'TIDAK menyukai dan mencintai sayang' sekarang.
sayang,
syg terima kasih sebab terima kekurangan sy, terima kasih sebab sentiasa jaga hati sy, terima kasih untuk semua rezeki yang kita kongsi bersama, terima kasih sebab selalu memahami luahan hati sy.
sayang,
jangan rasa jauh dengan sy, sebab selagi kite jaga hubungan dengan Allah, Allah jaga kita. syg, kekalkan manja syg tu, sy rase melting betul. ^^
sayang! nak tahu ramai cakap syg nampak muda dari sy! hahaha ..eeeee.. rase nak seliggi je lutut orang tu. syg tak tahu syg tu muka je budak sikit dari sy, tapi perangai matang. serious matang kalau berfikir, KECUALI masa dia jumpa robot robot dia hahaha
sayang,
sy tak boleh berjanji untuk tunaikan semua permintaan dan keinginan syg, tapi sy berjanji untuk sentiasa jadi yang terbaik walaupun sy bukan yg terbaik hanya untuk orang yang paling sy sayang, my husband.
love u mr perfect 10 saya!
XOXO
140215/150215
#akan bersambung
Subscribe to:
Posts (Atom)
