Assalamualakum, Haiii
Baru ni aku ada terbaca satu karangan yang ala ala poem yang exactly relate the same life aku dari dulu sampai sekarang. ini berkaitan dengan konsep rezeki dan kehidupan.
"
"
like seriously, sama macam aku. aku ingat lagi sebelum aku masuk Bainun (kononnya sekolah bestari) aku memang budak nakal SMK Sultan Idris Shah II. sesedap rase je kalau nak ponteng class, lawan cakap senior, merompak buah-buahan dewan makan pada waktu malam, fly balik rumah, fly g beli roti canai pinjam motor guard sampai accident. setiap tahun memang wanted sangat dengan ketua warden.
masa tu result exam jangan cite la.. form 1 je aku dapat No 2 ke 3 dalam class. masa tu baru masuk secondary school kateko. memang rajinla konon nye. lepas dapat je geng, memang havoc la akunye plan melanggar peraturan. Tapi bab sukan sekolah ni aku minat la.. lari 100m ,200m, 400m bagi geng kitorang la. walaupun kitorang nakal, reputasi class atasan n sports memang jaga.
CUMA, haaaa... result exam macam sedih gila kalau tengok macam tak study. meniru jangan cite gakla pasal master la meniru tulis kat atas pemadam, tulis atas meja, tulis atas ketas, yang paling berani tarik kertas member terus letak atas meja. berani tak berani. hahahaha.. padahal jawapan member tu pun banyak lompong gak.. harharhar..tiru jela, walaupun kurang yakin.
masa zaman kegelapan tu, aku memang tak lari dari kelihatan seperti seorang yang tidak ada masa depan. masa tu dah form 3 tengah tahun. tetiba aku dapat kesedaran yang aku nak majukan diri aku kedepan. aku tak boleh la stay kat hostel sebab keadaan yang sangat selesa dan mengembirakan tu membuatkan aku terus hanyutttt.
last aku decide nak stay kat rumah family (keluar hostel) sebab nak pergi tusyen luar. aku nak polish balik subjek dari form 1-3 dalam masa tinggal tak sampai tiga bulan. aku kan nakal, so takde maknanya aku nak keluar hostel ikut procedure ni. aku main keluar je. warden buat row call aku mesti takde. last dia call rumah family. ayah angkat call tu, then ayah cakap yg aku ada kat rumah. hahahaha. esoknya, aku buat surat (tulisan tangan) dan hantar ke warden tu.
masa tu aku ingat lagi.. mama ayah cakap, kalau betul kamu keluar hostel sebab nak tusyen luar, kamu kena buktikan hasilnya.. jangan kecewakan mama ayah. memang kira aku tak cukup masa dah nak study time tu. siang malam aku study macam nak rak.. lepas tusyen buat rivison sorang sorang, mengaji Quran setiap lepas solat. aku ingat lagi. aku sangat rajin buat solat malam. solehahnye masa tu.
tapi untuk budak nakal macam aku ni, kawan kawan class bukan pandang mulia sangat kalau kau study nak rak pun. pernah macam macam sindiran aku dengar. siap soalan tak paham taknak share ngan aku. aku pun dah tak ingat sangat secara detail sindiran tu, tapi aku ingat siapa yang menyindir.
last, masa dapat result PMR tu, aku rasa macam nak melayang laying diudara sebab aku buat mama ayah happy!!! .. even bukan gemak sgt .. sebab bukan straight A's tapi aku mampu la berada dalam kategori yang membanggakan untuk orang yang study tak smpai 3 bulan untuk subjek 3 tahunnnn!!
biarlah nak nampak riak kat sini,, sebab aku bangga dengan diri aku yg boleh buat mama ayah menangis gembira.
orang yang sindir aku tu??... okay terkejut tak beliau dapat 1A je. padahal kehulu kehilir dengan buku. ini bukan mengata..ini pengajaran. fikirla sendiri. budak nakal, yang tak pernah tgk buku, tambahan pernah meniru (masa PMR aku tak meniru, masa ni dah jadi budak baik) , tak mesti takde harapan , impian dan masa depan.
Benda ni berulang balik masa aku kat UiTM. masih nakal, sentiasa lewat masuk class, tak pernah join apa apa aktiviti / kelab fakulti. aku rase macam tak cool nye join kelab itu ini kat fakulti.hahaha.. belagaknyeeee.. tahla... sebab diorang sendiri yang menampakkan benda tu sangat annoying. kalau ade jawatan je, perangai mesti nak poyo je.. cakap taknak up je. so aku lebih suke life aku dengan housemat2e aku dulu. itula housemate2 yang paling aku sayangggg!!
tapi still kat class ade classmate yang pandang slack ngan aku n bff aku sorang tu. banyak kesedihan la masa U dulu sebab aku bukan scorer pun. result biasa biasa je. STILL, ade orang yang macam aku skolah dulu, is memilih-bulu-je-nak-buat-kawan-punye orang. tapi, apa yang aku Nampak, apa bezanya diorang dengan aku sekarang? alhamduliah, aku terus dapat kerja, tempat yang okay dan environment yang sangat bestttt. teamwork yang sgt tight.
orang orang yang macam bagus dulu tu, setaraf je ngan aku sekarang, siap ade yang masih tak kerja. sorry, terpaksa straight to the point. kenapa perlu belagak kalau pandai? kalau banyak As? kalau dapat course yang hebat? kalau dekan setiap sem? kalau lecturer sayang nak rak? Uni is NOT YOUR REAL LIFE. Uni just platform untuk dapat dengree je. Ur life is after study. baru kau tahu, As banyak tu membantu ke naikkan gaji kau? As banyak tu menjadikan kau terus hebat dalam pekerjaan ke? NO. sebab siyes ape yang aku kerja sekarang boleh cakap 20% je yang aku blaja dulu yang di apply kan. yang lain aku blaja masa kerja ni.
experience is the best teacher. rezeki setiap orang juga tidak sama. renung renungkan.
till then, TQ ! ^^