Tuesday, February 7, 2012

jalan-jalan padang besar, perlis!

salam..
huiiii :DD eh! kali ni rain nak taip panjangpanjang. so dengan harapan adela yang nak bacenye, even bilangan followers tak naiknaik..hahahhaa.!!tak pedulik laa..menulis dan merepek kerepek memang hobi. tulis dan bace sendiri pun boleh. hewwhewww..!

eh ! eh! tau tak sejam yang lepas ape yang aku belek belek kat encik google?? menelaah warna baju kalau bertunang nanti , siap tengok pelamin, pastu lukis sikitsikit manik cane yang nak letak kat baju..huiiiiiii..jauh menyimpang bersimpang simpang.maaflah..bukan tempoh bertunang dah dekat ke ape.. dirisik pun belum..ini cume anganangan yang tak berkesudahan.selagi belom sampai harinnye..gini lahh.errr..tapi sy masih di part5 degree. jadi tolong kira, berapa lama lagi aku akan jadi meroyan nak tengok baju cantikcantik tuuu??
2 taun lebih mungkin..kurangkurang pon 2 taun lagi..aiyaakkkk!!penat ohh berangan. mat jenin pon tau nak stop.

hokayy! abaikan tebiat buruk aku tuh. weh, last week aku pegi perlis..wohaaa!! gaye cerita macam pergi Perth ke..tak pon atleast S'pore.kahkahkah..tak tak..aku pegi perlis je..arau je..padang besar jeee.. kikikiii..
dengan mama, ayah, n opah.
serunukk haiiii!!
tapi dengan kepanasan yang bukan kepalang kat sane nun, aku enjoy dengan makanan makanan kat padang besar tu..suke!suke!suke!
orang siam kebanyakannye.makanan yang pelik dan tak jumpa pun kalau kat perak skali pon, apatah lagi kat shah alam sane.mungkin orangorang utara meluat dengan ke'jakunan' aku ni..tapi ingin aku jelaskan.pada saat ini aku rindu nak makan nasik goreng belacan die..ngan pulut ayam..somtam,,pulut mangga, pulut durian..kapau ayam!!wiwiwiiwiwi!!!!
laparrrrrrrrrr...#perut terus mendendangkan iramairama laparnye -.-

wehhhh..nasik goreng belacan die unik! tak kedekot macam kat blahblah selatan ni ha..
lam nasik tu ade mangga muda, ade udang, sotong yang besarbesar, pastu telur dadar yang dah dihirishiris.
rasa belacan die yang mencengkam tu yang membangkitkan nafsu makan. #errrr..emosenel betul kan??

sambil sambil makan tu, dengan gelojoh pegi rasa pulutpulut segala tu..
hewwhewww..waktu ni memang kesopanan ditolak ketepi. jadi jangan dating time nak makan makanan feveret tauuu..nanti laparr..makan sikit..lambat habis..kurang nikmat..huhuuu..tapi kalau boife anda pun samasama gila makan, silakan! :DD

pulut yang paling cair dimulut aku is pulut ayam. weee..sedap..padahal senang je kot nak buat. tapi sebab malas yang kat sini jugak jadi kegilaan.

pulut ayam yang simple..tapi mengiurkan =p

tuanpuan haruslah pergi kesana dan rasai kehebatannya tau,.sebab kalau tengok gambar ni tak feel pon. macam tak cukup bahan je en??en?? belom rasa blom tau ea :D

bluurpp ..kenyang sikit tengok gamabr ni.kekkeke..over!. then after penuhi kegemaran perut, teruskan mambeli belah kat padang besar tu..em..ni tempat kegemaran mama n opah serta makcikmakcik lain ye..sebab murah untuk beli periuk , kelambu, dan bermacammacam lagi.. 
(ada orang cakap, kene speaking utara, baru dapat murah dan aku mempraktikannnya tanpa segan silu, tapi memalukan adik aku..hihii..die cakap cani .."oii kak! bughok beno, baik kamu diam." hahaha..)

okay...sini dlu tata !

takpe!

takpe..sy suke bersabar..
walaupun dalam hati....



fuhhhhhhhhh... -.-

Thursday, February 2, 2012

hehehe..nak cani!

okay!

wanita cantik yang sebenarnya ..

salam.
:)

sejak akhirakhir ni.
aku selalu bace 1 blog yang sangatsangat 
beri kesan pada diri aku sendiri.
sedikit demi sedikit,
terutamanya untuk jadi wanita solehah,
yang cantik dimata Allah,
biarpun tak cantik dimata manamana lelaki.
aku nak jadi wanita camtu..
niat di hati memang dah lama
before terbaca blog tu lagi.
tapii..
aku doakan ..1 hari nanti ada pembimbing
yang dapat bantu aku..
jadi wanita solehah.
yang tidak memandang, dan tidak dipandang.
iaitu seorang suami.

wanita yang cantik,
tidak akan menggadai maruah diri sematamata untuk kesenangan dunia.
wanita yang cantik,
tidak akan menghalalkan semua cara dan hukum islam demi memenuhi kepentingan dirinya.
cukuplah cantik dimata suami.
halal dimata suami.


:)

Ya Allah..
jika dengan berkahwin
jalan terbaik untuk kehidupanku,
aku mohon kau kurniakanlah aku suami
yang dapat pimpin aku kejalanMu.
sesungguhnya.
aku tidak ingin sendiri.

btw, aku suka dengan hadis kat bawah ni;

:)




Wednesday, February 1, 2012

kongsikan

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku karena itulah yang dituntut oleh Allah.


Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?




aminnnnn...
tq kak nana share article ni
love you ^^

share! rahsia perempuan .jengjengjeng!

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya. 


2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf. 


3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan). 


4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain. 


5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!! 


6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian. 


7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja. 


8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan. 


9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka. 


10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna. 


11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita. 


12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut. 
hehehheeee :D


13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan. 


14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam. 


15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu. 


16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya. 


17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!! 


18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal. 


19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta. 


20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri. 


21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!! 


22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya. 


23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui. 


24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik. 


25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi. 


26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.. 


27. Senjata wanita adalah airmata!! 


28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu. 


29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah... 


30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa 


sumber : http://kasihkekasih.blogspot.com/


hihihiiii..sukeeee!!
:)

my days here :)

my hometown
:)
love to be here!
like seriously.
tido lewat.
pas subuh sambung tido....
tidoooo..
bangun buat fikirkan breakfast ape
untuk si perut..
then fikirkan nak buat latihan mulut dengan siapa..
latihan MULUT??
kahkahkah...
bunyi cam something curious isn't it??
ia bermaksud pergi jadi makcik joyah
bersama kawankawan..
borak sampai tak hengat dunia.
semalam, dengan kila , jiran depan umah dari zaman skola..
then today dengan Eah, Awo, n Azfar.
borak..makan..borak lagiii..makan lagiilagii
ini sangat serunuk sebab tak payah 
nak fikir ape nak kena buat..
ape yang serabut serabut yang ada kat kepala sepanjang sem 5 dah hilang!!
happy sangat..otak lega
huaaa..best gila :DD
nikmat sangat tiap kali sem break
>_<
even Gerik ni tak ada pape pun
siyesly!
tak ada pape..
huahuahuaaa..
tapi best sebab ade kawankawan.
kalau adikadik balik lagi heaven!!
emm..rinduu :') 
okay..siap membebel
bye !

\
with aqilah :)